YAN: Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada malam Khamis berhubung pelan pemulihan pasca bencana di daerah Yan dan Kuala Muda susulan kejadian kepala air dan tanah runtuh di sekitar kawasan Gunung Jerai.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan perbincangan sama turut akan diadakan dengan beberapa kementerian lain dari semasa ke semasa termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Yang KASA ini di bawahnya ada (Jabatan Pengairan dan Saliran) JPS, selain agensi lain yang banyak (di bawahnya), khususnya berkaitan parit dan saliran yang (mana) melibatkan banyak sumber air dari Gunung Jerai.
"Kita minta KASA akan menjalankan pembaikan (seperti) jalan rosak, (selain) titi hayun yang putus itu, mungkin KASA (melalui Ketua Setiausaha Kementerian) akan beri pertimbangan untuk bagi bajet untuk kita baiki," katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan Faedah PERKESO di salah sebuah rumah waris mangsa fenomena kepala air, di Kampung Sedaka, Yan pada Khamis.
Tambahnya, pihaknya akan mengarahkan pegawai-pegawai daerah yang terlibat iaitu Kuala Muda dan Yan, untuk menyediakan laporan bancian yang lengkap termasuk anggaran kerosakan yang berlaku.
Beliau turut menyatakan bahawa proses bancian berkenaan serta proses pemulihan di lokasi yang mengalami kerosakan akan mengambil masa yang lama.
Dalam perkembangan berasingan, Muhammad Sanusi menafikan bahawa kuari bijih besi di Tupah, menjadi punca utama kepada kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Merbok.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
"Saya fikir kepala air datang dari puncak gunung, daripada atas, kuari ini duduk di bawah. Kalau nak kata, kuari ini punca (kepada) air (yang) meredah (ke) rumah orang apa semua itu, saya rasa tidak masuk akal, kepala air (itu) daripada atas," jelasnya.
Abd Hadi Che Awang
Thu Aug 19 2021
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan perbincangan sama turut akan diadakan dengan beberapa kementerian lain dari semasa ke semasa termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Foto BERNAMA
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun
Seorang lelaki parah selepas tergelincir dan jatuh pada ketinggian lebih 15 meter di kawasan air terjun Seri Perigi, pada Rabu.
Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun di Yan dilanda kepala air
Kawasan air terjun Titi Hayun dan Seri Perigi di sini sekali lagi dilanda kepala air berikutan hujan lebat pada petang Isnin.
Lelaki tunjuk kemaluan dihukum penjara 5 bulan
Padah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Yan.
Lelaki lakukan aksi lucah ketika tunggang motosikal direman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Yan, Anis Suraya Ahmad bermula hari ini sehingga 9 Febuari.
Projek pusat bekalan gas, loji janakuasa bakal ubah landskap Yan - PM
Ismail Sabri berkata pembangunan projek itu bakal menjadikan Yan seperti Pengerang, Johor yang dahulunya hanya perkampungan nelayan tetapi kini menjadi kawasan perindustrian pesat membangun.
Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air
Empangan Sabo di Yan kini telah 50 peratus pembinaannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
15 pelajar pondok maahad terselamat dalam kejadian kebakaran
Bangunan dua tingkat pusat pengajian pondok Maahad Assyatirie di Dulang Besar, dekat Yan musnah dalam kejadian kebakaran, pada Sabtu.
Dua empangan sabo di Titi Hayun dan Tupah dijangka siap Jun 2023 - KASA
Dua empangan sabo yang akan dibina di kawasan Titi Hayun, Yan dan Tupah, Kuala Muda bermula pertengahan Januari tahun hadapan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.