PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan media bahawa wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun, belum keluar dari negara ini.
Sebaliknya, menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), wanita terbabit telah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu, dengan penerbangan pada jam 8.55 malam.
"Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbangan Shenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekod Imigresen.
"Jadi apa moral pengajaran? Media kena cermat dan berhati-hati (dalam membuat laporan). Jangan petik sumber sembarangan terutamanya yang bercanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
"Malangnya, dia (media terbabit) cuma memetik sumber yang tak dinamakan," katanya dalam Sidang Media Khas di sini pada Rabu.
BACA: Kecoh di KLIA: Kronologi dari hari pertama kes mula tular
Terdahulu, sebuah akhbar yang memetik sumber mendakwa tiada rekod yang menunjukkan wanita berkenaan telah meninggalkan negara.
Bagaimanapun, Azam seperti dilapor berkata dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal pada 5 Julai.
Akhir bulan lalu, tular di media sosial insiden kekecohan di KLIA apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing didakwa menceroboh masuk Balai Ketibaan Antarabangsa selepas seorang pelawat China tidak dibenarkan masuk ke negara ini oleh pihak imigresen.
Menteri berkenaan kemudian mendakwa ada 'budaya rasuah' membabitkan pegawai imigresen dalam mengurus proses ketibaan warga asing di KLIA.
Susulan itu, setakat 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan isu rasuah di pintu masuk negara.
Azam berkata, individu tersebut termasuk King Sing, dua wanita warga China serta lapan kakitangan JIM.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 12 2023
Saifuddin berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), wanita terbabit telah meninggalkan Malaysia pada 4 Julai lalu, dengan penerbangan pada jam 8.55 malam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.