JERANTUT: Seorang lelaki sempat berbual dengan rakannya sebelum ditemui meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran kawasan kubur dekat Batu 2 di sini pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 60 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran kawasan kubur dekat Batu 2. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, menerima panggilan tentang penemuan mayat tersebut pada jam 8.15 pagi.
  • Sebelum meninggal, mangsa sempat berbual dengan rakannya dan mengungkapkan kekecewaannya terhadap isterinya. Anak mangsa juga mengesahkan bahawa lelaki tersebut sedang menerima rawatan untuk darah tinggi dan asma.
  • Hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa menunjukkan tiada unsur-unsur jenayah. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki itu kira-kira jam 8.15 daripada orang awam.

Menurutnya, mangsa berusia 60 tahun sempat berbual dengan rakannya dan memberitahu dia kecewa dengan isterinya.

"Anak mangsa juga ada memberitahu yang lelaki tersebut menerima rawatan darah tinggi dan asma," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa didapati tiada unsur-unsur jenayah.

Jelas beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat. -Sinar Harian