Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah kerajaan perlu meneruskan kecemerlangan pentadbiran Wilayah Persekutuan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
Seri Paduka bertitah kecemerlangan pentadbiran penting kerana keadaan ekonomi peringkat global pada tahun 2015 mungkin meruncing berikutan penurunan harga minyak di seluruh dunia, yang akan memberi impak langsung ke atas ekonomi negara.
"Beta berharap dengan kecemerlangan pentadbiran ini akan memastikan kemakmuran, kesejahteraan dan keceriaan yang berpanjangan bagi rakyat Beta di bumi bertuah Wilayah Persekutuan.
"Oleh itu juga, sayugia seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Wilayah Persekutuan, untuk terus bekerja keras dan dengan penuh iltizam bagi memakmurkan negara Malaysia yang tercinta," titah baginda pada majlis istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan Menteri Kabinet lain turut serta dalam majlis yang diadakan di Balairung Seri tersebut.
Tuanku Abdul Halim turut mengucapkan tahniah kepada pentadbiran di bawah pimpinan Najib kerana kecemerlangan mereka dalam merancang pembangunan dan mengurus pentadbiran di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, baginda menggesa semua lapisan masyarakat agar bersatu hati dan memberi sokongan padu kepada jentera pentadbiran kerajaan dalam menghadapi cabaran tahun ini.
Seri Paduka juga mahu rakyat mengetepikan perbezaan kaum selain mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira kaum, keturunan, agama dan fahaman.
Mengimbas peristiwa penting pada 2014, baginda bertitah negara telah menghadapi pelbagai ujian tanpa diduga, termasuk pergolakan ekonomi dunia yang memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Namun titah Yang di-Pertuan Agong, dengan kebijaksanaan dan kecekapan kerajaan, Malaysia telah dapat mengharungi kemelut ekonomi tersebut, malah dapat menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang terus memberangsangkan.
Menyentuh tentang banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur pada penghujung 2014, baginda bertitah walaupun menghadapi kesukaran, rakyat telah sama-sama tampil untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam pelbagai aspek kepada mangsa banjir.
"Sesungguhnya, Beta berasa amat simpati atas nasib yang menimpa rakyat Beta. Namun, Beta juga percaya, setiap daripada musibah yang berlaku itu ada terselindung rahmat di sebaliknya," titah Seri Paduka.
Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, kerajaan serta semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir.
"Beta amat yakin bahawa ia bukan sahaja akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama kita, malah akan menjadikan kita lebih teguh, lebih kuat dan sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang," titah baginda.
Kepada penerima-penerima pingat tahun ini, baginda juga mahu mereka menjaga maruah dan nama baik diri sewajarnya bagi mengekalkan kemuliaan dan martabat darjah dan pingat kebesaran yang dikurniakan.
Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dianugerahi Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Antara penerima lain tahun ini termasuk pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan yang menerima Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.
Bernama
Sun Feb 01 2015
Kerajaan perlu meneruskan kecemerlangan pentadbiran Wilayah Persekutuan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, Agong bertitah.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas keputusan Fed mengenai kadar faedah
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
DBKL anjur 11 program sempena Hari Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 11 program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya
Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras.
Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dibuka 1 Feb - Loke
Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Feb.
Anggota Kabinet ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan, doakan terus maju
Wilayah Persekutuan Untuk Semua!
Pertunjukan air pancut berirama warnai pembukaan sambutan Hari Wilayah 2023
Rosida berkata, pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
PM ucap selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.
Pemetaan cahaya berkonsep Keluarga Malaysia warnai Tangga Putrajaya
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu dari 9 malam hingga 11 malam, mulai 26 Jan hingga 29 Jan.