KUALA LUMPUR: Kecederaan pekerjaan di Malaysia meningkat 58.9 peratus kepada 34,216 kes pada 2022 berbanding 21,534 kes pada tahun sebelumnya, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan media mengenai Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara bagi tahun 2022 memaklumkan, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan bagi setiap 1,000 pekerja meningkat kepada 2.22 pada 2022 berbanding 1.43 pada 2021.
"Bagi kecederaan pekerjaan bukan maut, jumlah kes adalah 33,899, merekodkan peningkatan ketara sebanyak 59.7 peratus berbanding 21,233 kes pada 2021. Oleh itu, kadar kecederaan pekerjaan bukan maut bagi setiap 1,000 pekerja mencatatkan kenaikan 2.20 pada tahun 2022 berbanding 1.41 pada 2021.
"Sementara itu, terdapat sejumlah 317 kes kecederaan pekerjaan maut pada 2022, meningkat sebanyak 16 kes berbanding 301 kes pada tahun sebelumnya. Ini digambarkan dengan kadar kecederaan pekerjaan maut yang lebih tinggi bagi setiap 100,000 pekerja iaitu 2.06 pada 2022, lebih tinggi daripada 2.00 pada 2021," katanya.
Dari segi kecederaan pekerjaan mengikut latar belakang demografi, Mohd Uzir berkata kes kecederaan lebih kerap berlaku dalam kalangan pekerja lelaki iaitu lebih daripada dua pertiga kes dikenal pasti sebagai pekerja lelaki (84.2 peratus) berbanding 15.8 peratus pekerja perempuan.
Merujuk kepada kecederaan pekerjaan maut, beliau berkata kategori lelaki mencatatkan 98.1 peratus (311 kes) manakala 1.9 peratus (6 kes) adalah kategori perempuan.
"Sementara itu, dari perspektif kecederaan pekerjaan mengikut kewarganegaraan, warganegara Malaysia terdiri daripada 88.6 peratus atau 30,325 kes manakala bukan warganegara Malaysia menyumbang 11.4 peratus atau 3,891 kes," katanya.
Berdasarkan perbandingan kes tahun lalu mengikut negeri dengan tahun sebelumnya Mohd Uzir berkata semua negeri mencatatkan peningkatan kecederaan pekerjaan kecuali Perlis manakala lapan negeri mencatatkan kadar kecederaan pekerjaan melebihi kadar nasional iaitu 2.22.
Katanya Johor menduduki tempat tertinggi dari segi kadar kecederaan pekerjaan yang melebihi kadar nasional dengan kadar 3.59, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (3.53), Pulau Pinang (3.35) dan Perak (3.24).
Beliau berkata Selangor yang merekodkan sebanyak 6,563 kecederaan pekerjaan atau 19.2 peratus daripada keseluruhan kes, mencatat peningkatan kes terbesar iaitu 2,368 kes manakala kadar kecederaan pekerjaan maut tertinggi adalah di Kuala Lumpur dan Putrajaya (3.69), dengan 33 kematian.
"Sementara itu, terdapat peningkatan tahunan kecederaan pekerjaan maut bagi 2022 di kebanyakan negeri iaitu Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Perlis, Terengganu dan Melaka," menurut kenyataan itu.
Sebagai perbandingan, Mohd Uzir berkata kadar kecederaan di tempat kerja di Singapura bagi setiap 100,000 pekerja berkurangan daripada 673 pada 2021 kepada 614 pada 2022 namun kadar kecederaan pekerjaan maut meningkat kepada 1.3 bagi setiap 100,000 pekerja berbanding 1.1 pada tahun sebelumnya.
Katanya, kadar kemalangan pekerjaan di Jepun bagi setiap 1,000 pekerja kekal pada kadar 2.3 berbanding 2.3 pada 2021 manakala kadar kecederaan pekerjaan maut bagi setiap 100,000 pekerja dicatatkan menurun 1.42 daripada 1.60 pada 2021.
Beliau berkata situasi statistik kecederaan pekerjaan di seluruh dunia menunjukkan cabaran berterusan dalam keselamatan tempat kerja.
"Kebanyakan negara telah melaksanakan peraturan keselamatan dan inisiatif untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja termasuk latihan keselamatan, pemeriksaan dan penalti bagi ketidakpatuhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Mohd Uzir berkata, kebanyakan negara melaksanakan peraturan keselamatan dan inisiatif untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja termasuk latihan keselamatan, pemeriksaan dan penalti bagi ketidakpatuhan. - Gambar hiasan/Dagang News
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.