KUALA LUMPUR: Atlet taekwondo kebangsaan Nurul Hidayah Abdul Karim membuat keputusan untuk bersara daripada sukan itu kerana kecederaan dan faktor umur.
Pakar disiplin poomsae berusia 25 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu berkata beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk menamatkan kariernya disebabkan kecederaan menyukarkan beliau mengharungi cabaran lebih besar dalam sukan itu.
Beliau yang telah berkecimpung dalam sukan mempertahankan diri itu sejak berumur 10 tahun sehingga berjaya meraih pingat kejohanan dunia dan Sukan SEA, bagaimanapun akan terus menabur bakti dalam taekwondo selaku jurulatih.
"Kecederaan lama saya, iaitu kecederaan pinggul kanan yang dialami sejak 2022 tidak pulih lagi. Kemudian, ketika kem latihan Sukan Asia di Korea Selatan pula, saya mengalami kecederaan baharu pada pergelangan tangan kanan dan lutut kiri
"Memandangkan selepas ini poomsae akan ada kategori gaya bebas yang kena buat banyak pergerakan ekstrem. Jadi saya perlu jaga-jaga sebab badan nak pakai lama lagi.
"Tahun depan nak fokus ambil lesen dan kursus bagi sains sukan dan kejurulatihan. Tetapi sekarang masih fokus nak habiskan latihan amali," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bercita-cita untuk menjadi pegawai polis seperti bapanya, menurut Nurul Hidayah keputusan untuk bersara telah pun dibincangkan dengan jurulatih Jin Jun Beom dan Yap Yih Tiing yang turut memberi banyak nasihat.
Beliau yang kini menjalani latihan industri di Bintulu bagi melengkapkan Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) di Universiti Malaya, berkata keputusan itu juga bukan kerana insiden terlepas slot ke separuh akhir poomsae individu wanita di Sukan Asia Hangzhou, September lepas.
Nurul Hidayah yang membuat penampilan sulung pada temasya itu gagal mara ke separuh akhir yang secara automatiknya mengesahkan pingat, berikutan keputusan kontroversi daripada pihak juri.
Beliau diatasi bekas juara dunia Marjan Salahshouri dari Iran dengan perbezaan tipis 0.03 mata, manakala protes daripada kem Malaysia yang mendakwa atlet dari Iran itu melakukan kesilapan, tidak dilayan pihak penganjur.
Antara pencapaian Nurul Hidayah sebelum ini ialah pingat perak pada Kejohanan Poomsae Taekwondo Dunia 2022 di Goyang, Korea Selatan bagi acara pasukan campuran bawah 30 tahun bersama Jason Loo.
Gandingan Nurul Hidayah-Jason juga pernah meraih emas acara berpasukan campuran di Sukan SEA 2019 Filipina dan 2023 Kemboja (acara tidak dipertandingkan pada edisi 2021 Vietnam), selain pingat perak bersama adiknya Nur Humaira dan Lim Jia Wei bagi acara berpasukan wanita di Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Menurut Nurul Hidayah keputusan untuk bersara telah pun dibincangkan dengan jurulatih Jin Jun Beom dan Yap Yih Tiing yang turut memberi banyak nasihat. - Gambar fail/Stadium Astro
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki
Skuad bola tampar lelaki negara tekad berjuang habis-habisan apabila menentang Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan bagi memburu slot ke separuh akhir pada Sukan SEA 2023.
Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir
Hafiz dan Nana berada di tangga tiga terbawah bersama seorang lagi peserta, Dinie Rashid, apabila mendapat markah terendah pada minggu tersebut.
Terbuka Hong Kong: Nicol ke separuh akhir
Pada perlawanan peringkat suku akhir, pemain berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang ini mengalahkan Kasey Brown dari Australia, untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Piala AFF: Indonesia kalahkan Singapura 1-0
Pasukan Indonesia kembali memberikan saingan dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pendahulu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu.
Thailand ke separuh akhir Piala AFF 2012
Kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Thailand selaku juara 1996, 2000 dan 2002 mengumpul enam mata keseluruhan untuk menerajui Kumpulan A.