KUALA LUMPUR: Seramai 180,000 peserta di seluruh negara telah menyertai Kebun Komuniti Bandar sejak ia diperkenalkan pada 2014.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Malaysia, Muhamad Adli Salihin Samsudin berkata, penglibatan memberangsangkan itu selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) termasuk menjamin keselamatan makanan negara.
Jelas beliau, inisiatif Kebun Komuniti Bandar juga mampu mengurangkan kos sara hidup, selain menggalakkan aktiviti interaktif sosial dalam kalangan penduduk bandar serta memastikan kelestarian alam sekitar.
"Jika mereka berjaya mengeluarkan hasil makanan sendiri, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos sara hidup, dan boleh membantu negara dalam menjamin ke arah keterjaminan makanan.
"Selain itu, mereka dapat mengurangkan kebergantungan makanan dari luar.
"Apa tidaknya, mereka menanam makanan apa yang mereka makan di rumah, supaya mereka tidak berasa kehabisan bekalan dan secara tidak langsung mereka membantu ke arah keselamatan makanan.
"Paling mudah adalah kita memang menggalakkan mereka untuk tidak membakar sampah tanaman mereka secara terbuka, sebaliknya menggalakkan sampah-sampah tanaman sisa diolah menjadi baja organik bagi mengelakkan berlakunya pembakaran terbuka," katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Adli berkata Jabatan Pertanian memberikan tunjuk ajar untuk Komuniti Kebun Bandar mengunakan teknik seperti bahan organik dan menghasilkan produk hiliran sebagai menambah sumber pendapatan.
"Contohnya bayam Brazil bukan sahaja boleh dibuat ulam, tetapi boleh dibuat produk inovasi seperti kerepek bayam Brazil... dan yang paling mendapat sambutan sekarang ini ialah penghasilan mi bayam.
"Mereka tambah nilai pada tanaman sebagai sumber pendapatan mereka.
"Inovasi tanaman daripada biasa kita makan kepada produk, ini merupakan satu aktiviti yang mendapat sambutan terutamanya mereka yang melaksanakan Kebun Komuniti Bandar, di mana mereka dapat menjual hasil tanaman," katanya lagi.
Begitu pun, Muhamad Adli mengakui antara cabaran untuk mengerakkan aktiviti pertanian adalah status penggunaan tanah yang perlu mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tambahnya, Jabatan Pertanian sedang bekerja rapat dengan PBT untuk memastikan mereka yang berminat mengusahakan Kebun Komuniti Bandar tidak berdepan kekangan berhubung status tanah.
"Dari segi latihan pula, jangan risau. Jika peserta ingin menjalankan aktiviti pertanian dan tidak tahu asas-asas dalam bertani, kami Jabatan Pertanian sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam bentuk teori atau praktikal.
"Kita juga nak buang stigma dan mitos, 'tangan panas, tangan sejuk'. Sebenarnya, saya ingin mengatakan tak ada istilah 'tangan panas, tangan sejuk', yang ada ialah istilah teknik (bertani) yang betul," kata Muhamad Adli.
Sementara itu, Naib Presiden Kebun Bandar Sungai Bunus, Samsul Khamariah Hamzah, berkata dia bersama 10 lagi pemegang taruh menyertai inisiatif Kebun Komuniti Bandar dengan mengusahakan sebidang tanah gersang seluas tujuh hektar pada 2014.
Dengan bimbingan Jabatan Pertanian, dia berkata pihaknya berjaya menghasilkan produk tanaman sendiri seperti cili, kacang panjang, serta kelulut, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pembelian sayuran di pasaran.
"Inisiatif ini memang amat baik sebab ia di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan kami dapat mengusahakan tanah yang dulunya gersang.
"Tetapi kini kami dapat hasilkan tanaman walaupun tak banyak untuk dijual, tetapi sekurang-kurangnya ia mencukupi untuk pemegang taruh (kegunaan harian).
"Inisiatif ini bertepatan dengan apa yang kerajaan cuba laksanakan (menggalakkan pertanian).
"Walaupun macam saya kata tadi hasil tidak lah secara komersial tetapi sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri.
"Apabila kita tanam sendiri, jadi tidak ada bahan-bahan toksik, dan ini memang mesra alam sekitar," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 12 2023
Antara produk pertanian yang dihasilkan oleh peserta Kebun Komuniti Bandar. -Astro AWANI
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya
Ujar Tiong, tujuan utama video tersebut adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan dan bukan sebaliknya.
Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea serta 'baby' beliau.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Amhari ketika menjadi saksi pendakwaan kes 1Malaysia Development (1MDB) adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Amhari ketika menjadi saksi pendakwaan kes 1Malaysia Development (1MDB) adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.
Dua kakitangan badan berkanun ditahan SPRM
Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kebakaran Hutan: Tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini - Wisma Putra
Kementerian Luar Malaysia melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles yang menyaksikan lebih 30,000 penduduk dipindahkan sejak Selasa.
Empat kesan tembakan dikesan di badan mangsa
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk CP M Kumar pada Rabu, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan bagi mengesan pelaku yang terlibat.
Kebun Komuniti Bandar: Buang mitos 'tangan panas, tangan sejuk'
Jabatan Pertanian sedang bekerja rapat dengan PBT untuk memastikan mereka yang berminat mengusahakan Kebun Komuniti Bandar, tidak berdepan kekangan berhubung status tanah.