KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan projek perkebunan berskala besar dalam bangunan (pertanian jitu) secara komersial bagi memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada golongan gelandangan.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata projek yang bakal dilaksanakan di Putrajaya menjelang hujung tahun ini merupakan kesinambungan kepada projek kebun bandar 'Hijrah Warrior' yang sedang dilaksanakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana di sini.
"Ia merupakan kaedah menanam secara teknologi moden dalam bangunan menggunakan konsep intensif dan pertanian jitu, pada skala komersial, kena ada pelabur," katanya kepada pemberita pada program Santai Ramadan@ Anjung Kelana di sini semalam.
Beliau berkata inisiatif yang akan menawarkan pendapatan secara harian itu diharap akan memberi motivasi kepada golongan tersebut untuk terus memperbaiki kualiti kehidupan.
"Perkebunan ini (kebun bandar 'Hijrah Warrior') memakan masa untuk jana pendapatan, mereka mesti dapat pendapatan segera kerana apabila datang ke Kuala Lumpur, mereka ada sasaran tersendiri dan selalunya nak dapatkan wang.
"Kalau mereka rasa seperti bekerja macam buruh paksa dan perlu tunggu lama untuk dapat wang, mereka akan patah semangat," katanya.
Annuar berkata pihaknya turut merancang beberapa model lain bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup antaranya berkaitan penyediaan makanan selain mengekalkan kerjasama dengan pihak swasta dalam menawarkan pekerjaan.
"Dalam menguruskan gelandangan, tak ada stereotaip atau satu sistem untuk semua, kita nak kena kaji kesesuaian mengikut individu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021

Annuar (tengah) melakukan lawatan di kawasan tanaman di kebun 'Hijrah Warrior' bersama penghuni Anjung Kelana dalam Program Santai Ramadan@ Anjung Kelana di Pusat Transformasi Anjung Kelana, Taman Desa, Kuala Lumpur, 19 April. --fotoBERNAMA

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EdgeWood Residences: SkyWorld tawar keindahan lestari hijau di tengah bandar
SkyWorld memperkenalkan SkyWorld Healthy Home, prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup lebih sihat dan selesa.
AWANI 7:45 [13/3/2025] – Khidmat Faisal Halim ditagih | Ismail Sabri hadir ke SPRM| Dijual di pasaran gelap| Generasi Sandwich
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Hampir setahun tragedi simbah asid, Faisal Halim kembali sarung jersi Harimau Malaya
2. Lebih lima jam beri keterangan, esok Ismail Sabri ke SPRM lagi
3. Sindiket jual Mykad, surat beranak di pasaran gelap tumpas
4. Dilema generasi sandwic, wanita pikul lebih banyak tanggungjawab
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Hampir setahun tragedi simbah asid, Faisal Halim kembali sarung jersi Harimau Malaya
2. Lebih lima jam beri keterangan, esok Ismail Sabri ke SPRM lagi
3. Sindiket jual Mykad, surat beranak di pasaran gelap tumpas
4. Dilema generasi sandwic, wanita pikul lebih banyak tanggungjawab
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Mac 2025
1️⃣ Di mana 250 rakyat Malaysia?
2️⃣ Mesin imbas bagasi akan ditambah baik
3️⃣ Elaun pelatih diganti dengan elaun perjalanan berstruktur
#awaniringkas
1️⃣ Di mana 250 rakyat Malaysia?
2️⃣ Mesin imbas bagasi akan ditambah baik
3️⃣ Elaun pelatih diganti dengan elaun perjalanan berstruktur
#awaniringkas

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus pada Januari 2025 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bina Semula Gaza: ‘Tengkuk’ Negara Arab alam cengkaman AS, Israel - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata negara-negara Arab khususnya Mesir tidak mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan sendiri, sebaliknya berserah kepada kehendak unilateral Amerika Syarikat dan Israel. Namun, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan negara-negara Arab hanya sukar untuk menyanggahi Amerika Syarikat, berbanding Israel. #DialogTigaPenjuru
Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada Pihak Berkuasa Palestin, alamatnya gagal - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak boleh diberikan tanggungjawab mengetuai projek pembangunan Gaza memandangkan kumpulan itu mempunya rekod pentadbiran yang lemah. Manakala, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim pula menyatakan Hamas tiada halangan bagi mana-mana pihak terlibat dalam pembangunan semula Gaza. #DialogTigaPenjuru

20 subjek UKM berada dalam kelompok ketiga terbaik di Malaysia
Sebanyak 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada dalam kelompok tiga terbaik di Malaysia.

Kebun komersial skala besar dalam bangunan untuk gelandangan jana pendapatan
Projek yang bakal dilaksanakan di Putrajaya itu merupakan kesinambungan kepada projek kebun bandar 'Hijrah Warrior' yang sedang dilaksanakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.