KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju Kebun-Kebun Bangsar diselaraskan sebagai rakan kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL).
DBKL dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan ia susulan daripada keputusan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang meluluskan Lesen Pendudukan Sementara di atas Tanah Kerajaan Simpanan Talian Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak antara Jalan Cenderai dan Lorong Bukit Pantai 4, Taman Bukit Pantai, Mukim Kuala Lumpur, untuk tujuan tapak semaian dan perkebunan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 28 Jun lepas.
"Hari ini, satu perjumpaan yang dipengerusikan Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL telah diadakan bersama pihak Kebun-Kebun Bangsar, pemegang taruh, wakil persatuan penduduk, TNB dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
"Berdasarkan perjumpaan itu, pihak Kebun-kebun Bangsar telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dikeluarkan DBKL iaitu kebun berkenaan kini diselaraskan di bawah program LA21KL sebagai kebun kejiranan bandar LA21KL.
"Oleh itu aktiviti di kebun berkenaan akan dipantau oleh DBKL dan agensi berkaitan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
DBKL berkata Kebun-Kebun Bangsar yang beroperasi sejak Oktober 2016 adalah satu projek contoh untuk aktiviti berkebun menggunakan tanah rezab talian rentis TNB dan wajar dicontohi sekiranya dijalankan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Menurutnya pelbagai aktiviti telah dijalankan sehingga ia menjadi kebun contoh yang berjaya serta dilawati pelbagai delegasi dalam dan luar negara selain menerima pelbagai geran dari Khazanah Nasional dan ThinkCity atas inisiatif "placemaking" yang baik.
"Ia juga mendapat sokongan daripada media dan orang awam kerana menjalankan aktiviti pendidikan pertanian kepada pelawat berikutan terdapat kepelbagaian jenis tanaman dan herba," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar, di sini, kerana berlakunya pelanggaran syarat Lesen Pendudukan Sementara bagi maksud nurseri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Kebun-Kebun Bangsar yang beroperasi sejak Oktober 2016 adalah satu projek contoh untuk aktiviti berkebun menggunakan tanah rezab. - Foto Facebook/Kebun-Kebun Bangsar
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.