AYER KEROH: Hampir kesemua pelajar lepasan institusi pengajian di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjaya mengisi kekosongan dalam industri terutama menerusi bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Ahli Majlis Mara, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tahap kebolehpasaran itu terbukti apabila seramai 94.34 peratus graduannya di kesemua 287 Institusi Pendidikan Mara (IPMA) telah mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Beliau berkata, sektor pendidikan Mara memiliki ekosistem yang menyeluruh yang seharusnya direbut oleh pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula daripada peringkat sijil, asasi/persediaan, diploma, ijazah hinggalah ke peringkat tertinggi dalam dan luar negara.
"Kita ada 287 IPMA dan berdasarkan rekod, kita telah berjaya mencatatkan kebolehpasaran graduan sehingga 94.34 peratus iaitu hampir 95 peratus daripada graduan yang berjaya mendapat pekerjaan.
"Dengan kejayaan-kejayaan ini membuktikan pelbagai peluang telah tersedia dan (peluang) ini perlu direbut menerusi apa sahaja bidang termasuk kejuruteraan, automotif, pengangkutan dan banyak lagi kerana pihak MARA juga turut menyediakan pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Mara 2024 di Stadium Mini Bistari di sini hari ini.
Pada karnival yang berlangsung serentak seluruh negara bermula 1 Jun hinga 30 Jun itu diadakan bagi mempromosikan pendidikan dan peluang kerjaya khususnya di institusi-institusi di bawah Mara.
Dalam pada itu, seiring dengan gesaan kerajaan memperkasa TVET, pihaknya turut mengalu-alukan lebih 10,000 pelajar yang tidak menduduki SPM untuk merebut tempat di institusi-institusi pendidikan di bawah Mara.
"Jangan malu untuk ke depan kerana sistem pendidikan Mara menyediakan pelbagai bentuk peluang dalam membantu golongan ini membina masa depan mereka," tambahya.
Sementara itu seorang pelajar lepasan SPM, Puteri Mya Maisarah Muhammad Amar Adira, 18, ketika ditemui berkata, penganjuran karnival seumpama itu membuka ruang luas kepada mereka untuk memilih hala tuju dalam melanjutkan pelajaran.
"Walaupun stigma masyarakat biasanya lebih memilih untuk ke universiti-universiti tempatan dalam menyambung pelajaran, tapi saya lebih minat dalam bidang kemahiran.
"Jadi apabila ada karnival seumpama ini, minda saya lebih terbuka luas untuk membuat pilihan lebih-lebih lagi Mara juga ada menyediakan elaun bulanan berbanding institut pengajian lain," katanya yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.
Astro Awani
Sat Jun 08 2024

Hasan berkata, 94.34 peratus graduan di kesemua 287 Institusi Pendidikan Mara (IPMA) telah mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut
Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat
Beliau merupakan salah seorang daripada 19 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada PRU14.

Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada PRU14.

Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN
Formula keseimbangan itulah yang membuatkan BN mendapat sokongan daripada masyarakat di Kuala Pilah.

Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat
Pengurangan atau penghapusan bayaran faedah akan menggalakkan tabiat perbelanjaan tidak berhemat dan kurang disiplin dalam kalangan pemegang kad kredit.

314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah menyelesaikan 314 kes sepanjang ia ditubuhkan pada Jun tahu lalu hingga Februari tahu ini.

Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan
Pemimpin UMNO disaran memperkasa bahasa Melayu terutama dalam program bersama akar umbi termasuk 'Kembali ke sekolah'.

Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan
Pengumuman Bajet 2018 adalah langkah meneroka masa depan Malaysia dengan mengutamakan perpaduan nasional yang melangkaui kaum, agama dan bangsa.

Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini menghadiri majlis persandingan anak lelaki anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.

Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 tahun lalu.