Kerajaan negeri Perak akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertujuan mengambil langkah susulan berhubung kebocoran kapal Ex KD Rahmat yang kini senget di pesisir laut berhampiran Marina Waterfront, Lumut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, kerajaan negeri kecewa dengan dengan kecuaian sebuah syarikat swasta menjaga bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat itu dan menganggap ia sebagai serius dan berat.
Menurutnya, kerajaan negeri juga membuat keputusan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab, selepas mendapat laporan terperinci dari jawatankuasa itu berkenaan punca yang menyebabkan kapal tersebut mula tenggelam.
Sehubungan itu, katanya, syarikat Plus Asiajaya Perak (PAP) selaku kontraktor yang diberi tanggungjawab membaik pulih dan menyelenggara kapal itu, akan menanggung segala kos operasi terlibat dalam memastikan keselamatan kapal, selain mengelakkan kejadian berulang.
"Kerajaan negeri akan terus memantau obligasi PAP seperti mana yang terkandung di dalam perjanjian, bagi memastikan keselamatan kapal dan penggunanya terpelihara," kata Nolee pada sidang media di pejabatnya di sini pada Isnin.
Sabtu lalu, kapal Ex KD Rahmat di Pangkalan TLDM Lumut didapati senget dan mula tenggelam selepas dikatakan bocor.
Kapal tersebut yang tamat perkhidmatan telah diserahkan kepada kerajaan negeri Perak pada 2010 dan mula dibuka sebagai muzium setahun kemudian.
Bagaimanapun, atas faktor keselamatan pada jeti penghubung, muzium kapal itu ditutup mulai September 2016.
PAP kemudiannya diberi tanggungjawab untuk membaikpulih dan menyelenggara kapal itu, sebagai sebahagian pakej projek pembangunan komersial bercampur di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Nolee memberitahu, kerja-kerja mengepam air keluar daripada kapal tersebut dijalankan 24 jam sejak Sabtu oleh beberapa pihak, termasuk TLDM dan kontraktor.
"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada pihak TLDM di atas komitmen mereka membantu usaha menyelamatkan kapal, khasnya dari aspek teknikal dan khidmat nasihat kepakaran," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jun 05 2017
Sabtu lalu, kapal Ex KD Rahmat di Pangkalan TLDM Lumut didapati senget dan mula tenggelam selepas dikatakan bocor.
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
TLDM komited bantu urus 'Ex KD Rahmat' yang senget di Lumut
TLDM giat menjalankan kerja-kerja mengepam keluar air dari kapal dikenali sebagai 'Ex KD Rahmat' itu dan masih berlarutan sehingga kini.