KUALA LUMPUR: Penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen masih tidak cukup untuk memperkukuhkan persepsi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, ia selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan Muhyiddin meneruskan pentadbiran negara.
“Apa yang dinyatakan sokongan atau tarik balik sokongan, itu tidak menjadi bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti.
“Itu penting untuk kita selesaikan persepsi bahawa Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti.
BACA: 'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM Muhyiddin
BACA: PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
“Dari segi undang-undang, penarikan balik sokongan itu bukanlah satu-satunya cara apabila berlaku di luar Dewan Rakyat, seperti yang dinyatakan dalam Perutusan Khas Perdana Menteri tadi.
“Perdana Menteri juga menyatakan beliau mempunyai bukti-bukti dari segi dokumen iaitu akuan bersumpah (SD) bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Jadi di sini memerlukan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan apabila dinyatakan dalam Perutusan Khas itu bahawa Tuanku telah perkenan Perdana Menteri kekal mengendalikan pentadbiran, itu seolah-olah telah diterima dan diperkenan oleh baginda,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.
Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, ahli-ahli politik perlu mentaati titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan Muhyiddin untuk terus mentadbir negara ketika ini.
Pada masa sama, beliau yang juga pakar Perlembagaan berkata, Perdana Menteri juga perlu untuk membawa Usul Undi Percaya di Dewan Rakyat pada September depan, walaupun dinamika politik mungkin berlaku dalam tempoh sebulan ini.
“Baginda telah memperkenankan supaya Usul Undi Percaya itu dibawa pada September.
“Saya seru kepada semua orang politik ini supaya mentaati titah Tuanku, jikalau kita kata, kita menjunjung titah Agong yang memperkenankan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan tugas sebagai ketua kepada Jemaah Menteri.
“Ini termasuk juga menunggu saat di mana usul tersebut akan difailkan.
“Kita mengharapkan juga kepada Perdana Menteri, apa yang dinyatakan hari ini akan diteruskan, walaupun senario perubahan berlaku seperti penarikan balik sokongan atau penambahan balik sokongan.
“Walaupun perubahan senario itu berlaku, kita pegang kepada perutusan Perdana Menteri yang dibuat pagi tadi,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Aug 04 2021
![Kebijaksanaan Agong atasi persepsi 'hilang majoriti' - Pakar Perlembagaan Kebijaksanaan Agong atasi persepsi 'hilang majoriti' - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627439962_DewanRakyatsidang.jpg)
Ahli-ahli politik perlu mentaati titah Yang Di-Pertuan Agong yang memperkenankan Muhyiddin untuk terus mentadbir negara ketika ini. - Foto BERNAMA
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684745967_TBBlack.jpg)
Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau menggubah wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.
![All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674743447_TBBEREGUBADMINTON.jpg)
All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik
Mereka akan jadikan kejohanan Terbuka Jerman sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England.
![PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674575329_PBM.jpg)
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
![Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?- Ketua UMNO Alor Setar Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?- Ketua UMNO Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672844814_TBYUSOFISMAIL.jpg)
"Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?"- Ketua UMNO Alor Setar
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan.
![Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667776187_Barisannasional.jpg)
Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan
Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Matahari Naik di sini mengumumkan keluar parti serta-merta sekaligus membubarkan cawangan tersebut.
![Peletakan jawatan Terence Gomez, SPRM perlu nyata pendirian - #RasuahBusters Peletakan jawatan Terence Gomez, SPRM perlu nyata pendirian - #RasuahBusters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630474053_TBRASUAHBUSTERS.jpg)
Peletakan jawatan Terence Gomez, SPRM perlu nyata pendirian - #RasuahBusters
Pihak SPRM perlu tampil dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian bagi meleraikan kekusutan rakyat.
![Politik Melaka: Mereka yang letak jawatan, pulangkan saja aset kerajaan - Sulaiman Politik Melaka: Mereka yang letak jawatan, pulangkan saja aset kerajaan - Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633757620_KetuaMenteriMelaka.jpg)
Politik Melaka: Mereka yang letak jawatan, pulangkan saja aset kerajaan - Sulaiman
Tiga bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco )Melaka yang mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri perlu memulangkan semua aset kerajaan.
![Politik Melaka: Idris, Nor Azman dakwa terima pelbagai tawaran untuk PRN Politik Melaka: Idris, Nor Azman dakwa terima pelbagai tawaran untuk PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633514592_TBAZMANjpg.jpg)
Politik Melaka: Idris, Nor Azman dakwa terima pelbagai tawaran untuk PRN
Mereka menegaskan tidak akan bertanding atas tiket Bebas dan sedang mempertimbangkan beberapa tawaran.
![Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628723165_UMNO.jpg)
Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu
Mesej bergambar tular kononnya daripada Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah palsu.
![Kerajaan Melaka berjalan seperti biasa - Sulaiman Kerajaan Melaka berjalan seperti biasa - Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633349045_KerajaannegeriMela.jpg)
Kerajaan Melaka berjalan seperti biasa - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini masih berjalan seperti biasa.