Kebenaran sektor pelancongan domestik beroperasi mulai Rabu ini tepat pada masanya untuk membantu negara mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, dalam kenyataan selepas perutusan khas Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, berkata, pengumuman itu selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri.
"Langkah ini amat bertepatan pada masanya kerana sektor pelancongan berupaya membantu negara mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi. Ini adalah kerana sektor pelancongan adalah sektor yang melibatkan subsektor ekonomi lain seperti perhotelan, inap desa, pengangkutan, pengusaha makanan di restoran dan gerai serta pemandu pelancong.
"Namun, pada masa sama, aktiviti ini perlu dijalankan dengan rasa tanggungjawab dan mengamalkan kebiasaan baharu serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan hari ini, kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik namun pintu sempadan negara masih lagi ditutup semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 31 Ogos ini.
Menyambut baik pengumuman itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata ia mampu meningkat permintaan pengguna khususnya sektor pengangkutan dan makanan, sekali gus membantu pengusaha industri kecil dan sederhana yang sebelum ini terjejas akibat kesan penularan COVID-19.
Ketua Pegawai Ekesekutif, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, berkata kebenarakan melakukan perjalanan rentas negeri dalam tempoh PKPP memberi sinar bagi pemain industri pelancongan yang begitu terkesan akibat pandemik COVID-19.
Jelasnya, pemain industri pelancongan di pulau bebas cukai ini sudah bersedia untuk menerima kemasukan pengunjung dengan pematuhan SOP PKPP diberi keutamaan.
"Pengusaha pelancongan amat gembira pengumuman tadi, ini memberi sinar untuk industri pelancongan bergerak dengan jayanya, tambahan pula ketika ini hampir semua hotel di Langkawi telah menyediakan pakej menarik kepada pelancong," katanya.
Presiden Persatuan Bas Pelancong Kuala Lumpur dan Selangor (Baspel), Noraizam Abdul Kadir, berkata penekanan SOP yang sangat ketat perlu dilaksanakan untuk meraih kembali kepercayaan masyarakat melancong khususnya menggunakan kenderaan yang memuatkan jumlah orang yang ramai.
"Untuk permulaan ini, saranan kita pada operator ialah mereka mungkin boleh meletakkan had kuota muatan bas sebagai langkah untuk memberi jarak selamat kepada pelancong di samping masing-masing menjaga kebersihan sepanjang menggunakan kenderaan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Nancy Shukri, dalam kenyataan selepas perutusan khas Perdana Menteri berkata, pengumuman itu selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.