Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui ejen dapat mengatasi masalah penipuan daripada berlaku terhadap mereka yang terdesak mendapatkan perkhidmatan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata pengambilan itu juga mengelakkan majikan daripada membayar yuran pemprosesan melampau kepada orang tengah.
"Mereka yang mengambil pembantu rumah kebanyakannya disebabkan isteri perlu bekerja. Niat asal mahu meringankan tugasan dan supaya anak dijaga dengan baik, tapi akhirnya menanggung kerugian apabila pembantu rumah tidak seperti yang diharapkan.
"Jadi, pengambilan terus dapat membantu majikan mencari sendiri dan menemuramah individu sebelum mencapai persetujuan dan perlu bertanggungjawab dengan pilihan mereka," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan majikan diberi pilihan mengambil pembantu rumah dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen dan boleh memohon visa pembantu rumah secara dalam talian daripada Jabatan Imigresen.
Shahaniza berkata keputusan memberi pilihan kepada majikan untuk menguruskan sendiri permohonan visa secara dalam talian juga adalah tepat kerana seiring dengan perubahan masa yang memungkinkan 'semuanya berlaku di hujung jari'.
Selain itu, mengenai cadangan kerajaan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam, beliau berkata langkah ini akan memberikan peluang kepada ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif dan merapatkan hubungan mereka.
"Cuti ini membolehkan wanita memastikan tubuh mereka benar-benar kuat selepas bersalin sebelum kembali bekerja dan tempoh masa yang bersesuaian untuk mereka mencari taska dan melakukan percubaan meninggalkan bayi di situ.
"Diharapkan pengumuman ini melegakan wanita di sektor swasta dan tiada lagi unsur-unsur iri hati dengan kakitangan kerajaan yang telah menikmati kemudahan ini," katanya.
Selain itu, Shahaniza juga berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan mengecualikan wanita daripada cukai pendapatan jika kembali bekerja selepas berhenti untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana menggalakkan mereka kembali ke alam pekerjaan.
"Ada wanita yang berhenti kerja selepas mendapat anak namun tiada pilihan untuk kembali semula bekerja jika berlaku kejadian seperti kematian suami atau mahu membantu ekonomi keluarga selepas anak sudah besar.
"Jadi, tempoh dua tahun itu memberikan peluang kepada wanita berkenaan untuk mengukuhkan kewangannya sebelum perlu membayar cukai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017
Pengambilan pembantu rumah secara terus 'menyelamatkan' majikan daripada terikat dengan kos tinggi menerusi ejen atau orang tengah. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.