SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini.
Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan khas bagi mengenal pasti punca kebakaran akan digerakkan.
"Kita akan panggil pasukan K9 untuk mengesan jika adanya perbuatan khianat, accelerant (bahan yang mempercepat perebakan api) dan sebagainya bagi memastikan punca kebakaran.
"Apabila api padam sepenuhnya, barulah unit K9 bertindak untuk melakukan siasatan bagi mengenal pasti jika ada perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata laporan penuh insiden itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.
Norazam juga berkata Wisma Jakel setinggi lima tingkat itu didapati terbakar sepenuhnya dalam insiden yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7 pagi.
Beliau berkata bomba sudah berjaya mengawal kebakaran pada peringkat awal namun api kemudian didapati merebak ke tempat simpanan dan stor barangan jualan.
"Keseluruhannya kita telah berjaya mengawal api pada 3 petang. Setakat ini, kita masih memadam kebakaran di bahagian stor yang tinggal lagi 10 peratus. Dijangka satu atau dua jam lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," kata beliau.
Norazam berkata sejumlah 89 anggota serta pegawai dari enam balai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dan pihaknya menggunakan empat unit jentera Aerial Ladder Platform (ALP) termasuk dari Kuala Lumpur dan Melaka serta 5 tangki air berkapasiti 20,000 liter.
Mengulas keadaan seorang anggota bomba bantuan yang cedera ketika proses memadam kebakaran itu, beliau berkata mangsa hanya mengalami kecederaan ringan selepas serpihan batu panas termasuk ke dalam bajunya dan dia telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi tadi dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi tadi dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi. - Gambar/ Bernama

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus
Wisma Jakel tiga tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Ahad.