SHAH ALAM: Kehadiran Unit Anjing Pengesan K9 (unit K9) bukanlah sesuatu perkara luar biasa dalam siasatan forensik kebakaran, malah ia merupakan satu prosedur yang diperlukan untuk menyiasat punca sesuatu insiden itu berlaku.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nurdin berkata bagi setiap kes kebakaran yang melibatkan siasatan, unit K9 ini akan dipanggil kerana ia adalah satu daripada prosedur penyiasatan.
"Bukan setiap kebakaran itu, apabila kita panggil unit K9 akan ada unsur sengaja dibakar. Tidak. Ia adalah ketetapan kami untuk memastikan bahawa unit ini dipanggil untuk melihat kepada segala kemungkinan," katanya pada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Jelasnya lagi, dua ekor anjing dari baka English Springer Spaniel bernama Rusty dan Sam yang digerakkan hari ini memang mempunyai kepakaran dalam menyiasat kebakaran.
"Anjing-anjing ini ada fokus setiap kali operasi dan ia akan diturunkan secara pasangan. Seekor akan mencari unsur (punca) dan satu lagi untuk pengesahan. Ia akan membantu kami (mencari punca)," katanya.
"Dua anjing itu kini menyiasat dan fokus di tingkat satu yang dipercayai kebakaran bermula. Di samping itu, terdapat 50 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Anggerik dan Ibu Pejabat Bomba Selangor turut bertugas hari ini," katanya.
Norizham berkata pasangan anjing yang digerakkan hari ini bukanlah anjing yang sama digunakan dalam insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali sebelum ini kerana mereka mempunyai kepakaran yang berbeza.
Di samping itu, Norizham berkata siasatan kebakaran tersebut dilakukan berdasarkan struktur bangunan, saksi dan video orang awam yang dimuat naik di media sosial.
Katanya, pihaknya akan turut merakamkan keterangan pemanggil yang melihat kedudukan awal api semasa kebakaran itu untuk membantu siasatan.
Ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan kebakaran disebabkan litar pintas, Norizham menegaskan sebarang punca hanya diketahui selepas ujian makmal dilakukan iaitu selepas proses siasatan di lokasi kejadian selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

Anggota JBPM Assan John (kiri) dan rakan Jovesster Junil (kanan) membawa anjing pengesan Unit K9 Rusty semasa melakukan siasatan susulan kebakaran sebuah gedung tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Wisma Jakel, di Shah Alam. - fotoBERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Tanah jerlus Masjid India: Anjing K9 'Frankie' dan 'Denti' dibawa ke lokasi kejadian
Kedua-dua anjing itu kemudian dibawa masuk ke lubang jerlus bersama pengendali dan melakukan pengesanan kira-kira 10 hingga 15 minit.

Tanah runtuh Batang Kali: K9, si pendamping pasukan SAR
'Penampilan' anjing daripada unit pengesan (K9) pada operasi kali ini dilihat sebagai tunjang utama kepada penemuan mangsa.

Polis Perak lancar Ops Kesan khas cari Acap
Polis Perak melancarkan Ops Kesan khas sebagai usaha terbaharu untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.