BACHOK: Kebakaran tanah gambut di sekitar Kampung Beris Lalang dan Kampung Beoh, di sini, sejak tiga minggu lepas menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk terutama yang mengalami masalah kesihatan.
Kebanyakan penduduk mengambil pendekatan tidak membuka sebarang tingkap bagi mengurangkan kemasukan asap dan habuk ke dalam rumah masing-masing.
Penduduk Kampung Beoh, Rashidah Ab Razak, 53, berkata beberapa saudara-maranya termasuk warga emas dan kanak-kanak kerap mengalami selesema sejak kebakaran berlaku.
"Keadaan ini bukan perkara baharu bagi penduduk di sini, cuma kesannya lebih terasa dalam cuaca panas ketika ini dan sebagai langkah berjaga-jaga, kami menutup semua tingkap rumah.
"Kanak-kanak dan warga emas terutamanya mudah terkesan dengan situasi ini. Ada yang mengalami selesema berminggu-minggu kesan daripada menghidu udara tidak bersih dalam tempoh yang panjang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Peniaga, Faizal Zainudin, 22, berkata kebanyakan penduduk sanggup menggunakan laluan alternatif berbanding laluan yang mengalami kebakaran biarpun jaraknya agak jauh.
"Biasanya penduduk yang menggunakan motosikal cuba mengelak melalui laluan yang terbakar kerana tidak tahan dengan bau asap yang kuat, memedihkan mata dan menyesakkan nafas," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Mohd Wildan Azhari berkata pihaknya sentiasa memberi tumpuan kepada isu kebakaran tanah gambut di negeri ini setiap kali tibanya peralihan monsun.
Beliau berkata bomba sentiasa bersiap siaga mengawal kebakaran tanah gambut dengan kekuatan anggota dan aset yang ada.
"Kawasan tanah gambut yang berisiko terbakar memang dalam senarai tumpuan pihak kami, cuma untuk musim panas dan menjelang hari raya ini, kami gandakan kesiapsiagaan," katanya.
Mohd Wildan berkata terdapat 65 kejadian kebakaran hutan, lalang dan belukar direkodkan di Bachok bermula 3 Mac lepas hingga hari ini.
Beliau menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dengan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023

Penduduk termasuk warga emas dan kanak-kanak kerap mengalami selesema sejak kebakaran berlaku. - Gambar/ JBPM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.