SANDAKAN:Cemas dan mendebarkan, apabila dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika bertugas memadamkan kebakaran dalam satu kejadian di Kampung Air, Jalan Batu Sapi, di sini awal pagi Ahad.
 
Ketua Zon Enam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew berkata, semasa operasi dijalankan terdapat wayar elektrik yang terbakar terjuntai ke kawasan air.

BACA: 32 rumah hangus dalam kebakaran di Sandakan

Dalam kejadian yang berlaku pukul 5.25 pagi itu kawasan yang musnah dalam kebakaran itu berkeluasan dua ekar. - Foto Astro AWANI
 
“Anggota bomba terpaksa turun ke laut bagi memadamkan kebakaran ekoran jambatan yang runtuh dan ketika berada di air mereka terkena sedikit renjatan.
 
“Namun kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.
 
Anddre berkata, dalam kejadian itu juga seorang lelaki berumur 54 tahun cedera melecur dan dilaporkan stabil.
 
Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati jumlah sebenar rumah yang terbakar sebanyak 34 buah.