Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan kenyataan terbaharu yang dibuat syarikat penghantar makanan Foodpanda sebagai angkuh.
Syarikat tersebut pada Isnin mendakwa tidak terkesan dengan mogok yang dibuat penunggang mereka berkaitan pelaksanan skim pembayaran baharu, baru-baru ini.
Tegas Syed Saddiq, sesebuah syarikat korporat boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pelanggan mereka.
“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.
“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” demikian menurut beliau dalam kemas kini di akaun Twitter pada Isnin malam.
Terdahulu media melaporkan Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata syarikat itu tidak berdepan masalah jika penghantar makanan mahu mogok.
“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat Foodpanda seperti dilapor Malaysiakini.
Dalam taklimat sama, Sayantan turut menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan ugutan sekiranya penghantar makanan terlibat dalam aktiviti mogok.
BACA: "Kami diugut jika lancarkan mogok" - Penghantar makanan Foodpanda
Terdahulu, lebih 100 penghantar makanan terdiri daripada wakil penghantar di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur hadir pada sesi dialog yang diadakan di kediaman Syed Saddiq.
Rata-rata meluah keluh-kesah berhubung tindakan Foodpanda memperkenalkan skim pembayaran baharu yang dianggap tidak adil.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 07 2019
!['Keangkuhan bukan penyelesaian' - Syed Saddiq tegur Foodpanda 'Keangkuhan bukan penyelesaian' - Syed Saddiq tegur Foodpanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554086737_SYEDSADDIQSYEDABD.jpg)
Tegas Syed Saddiq, sesebuah syarikat korporat boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pelanggan mereka. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
![Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan kini dilindungi - Perkeso Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan kini dilindungi - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626452837_GrabFoodPanda.jpg)
Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan kini dilindungi - Perkeso
Grab Malaysia dan Foodpanda mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.
![Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599369828_PilotFoodPandaFJ.jpg)
Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.
![Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584609893_grabfood.jpg)
Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan
Selain peniaga, sudah tentu khidmat penghantara makanan ketika ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa perlu keluar rumah.