Keadaan di Istanbul menakutkan, kereta kebal berkawal di merata tempat dan bunyi jet pejuang kedengaran setiap masa, kata seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Turki, berhubung cubaan rampasan kuasa di negara itu.
Menceritakan detik cemas itu, Aizat Shamsuddin, 24, berkata beliau yang dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditahan oleh anggota tentera.
"Pemandu bas mengarahkan kami semua keluar kerana tentera tidak benarkan kami pergi ke lapangan terbang itu.
"Mereka (anggota tentera) adakan sekatan jalan di semua kawasan dan tidak benarkan orang awam lalu, saya naik teksi dan gunakan jalan lain tetapi tidak berjaya," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
Aizat yang dalam perjalanan ke Durban, Afrika Selatan untuk menghadiri persidangan anjuran sebuah badan bukan kerajaan, transit di Istanbul kira-kira tujuh jam sebelum mengambil penerbangan sambungan.
Beliau berkata terdapat sekumpulan kecil rakyat Turki yang cuba menimbulkan provokasi dan protes terhadap anggota tentera yang membuat sekatan.
Katanya tindakan kumpulan itu menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebagai tanda amaran.
"Saya bersama beberapa rakyat negara itu lari selepas tembakan itu kerana bimbang akan keselamatan diri.
"Bunyi azan juga kedengaran setiap masa dan memang ini pengalaman yang menakutkan... harap tiada benda buruk berlaku," katanya.
Aizat berkata beliau telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Turki dan kini berada di lobi sebuah hotel yang terletak lima kilometer dari Lapangan Terbang Ataturk.
"Saya menaiki sebuah kereta milik pramugari Turkish Airlines untuk ke hotel itu... bayangkan lapan orang berada di dalam kereta sebesar kereta Perodua Axia.
"Demi menyelamatkan diri sanggup berhimpit... memang askar ada di mana-mana dan ini merupakan pengalaman ngeri...harap semuanya selamat," katanya.
Tentera Turki cuba melakukan rampasan kuasa pada Jumaat, mengakibatkan keadaan huru-hara apabila tentera menguasai jalan-jalan di Ankara dan Istanbul.
Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa penempatan tentera dengan dilengkapi senjata berat dapat dilihat pada awal pagi Sabtu di Ankara, ibu negara Turki, dan Istanbul, bandar dengan jumlah penduduk paling padat di negara itu.
Dalam sidang akhbar di Istanbul, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan berkata mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu akan dihukum dan misi untuk membersihkan sepenuhnya elemen khianat dalam tentera Turki telahpun bermula.
Bernama
Sat Jul 16 2016
Seorang wanita membantu seorang lelaki yang ditembak selepas pertempuran dengan tentera Turki di pintu masuk ke jambatan Bosphorus di Istanbul pada 16 Julai 2016. - Foto AFP
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.
Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.
Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu.
Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow
Turkiye akan mengekalkan hubungan strategik dengan Rusia tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden dan parlimen yang akan datang.
Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai tikus longkang'.
Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.