Kementerian Dalam Negeri percaya bahawa bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro iaitu Nur Misuari ialah individu bertanggungjawab di sebalik serangan bersenjata terbaru di Pulau Mabul, Semporna yang telah mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi dikhuatiri diculik dan masih belum dapat dikesan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan pihak keselamatan negara mendapati bahawa pelarian berkenaan menggunakan pelbagai taktik dan kumpulan upahan untuk menjalankan operasi serangan, rompakan dan culik yang terjadi di pantai timur negeri Sabah berkenaan.
Pencerobohan dan penculikan yang dilakukan oleh Nur Misuari dipercayai bagi mengumpul dana untuk kumpulannya.
“Dalam hal ini kita dapati beliau cuba mendapatkan semula pengaruh di selatan Filipina dan tidak mustahil dana yang dikutip melalui tebusan ini akan digunakan untuk menghidupkan kembali tentera upahannya,” kata Zahid.
Menyentuh berkenaan dengan ESSCom yang telah diambil alih polis pula, segala perjalanan berkenaan perkara tersebut adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan turut meminta agar masyarakat umum memberi kerjasama yang baik kepada pihak keselamatan agar sentiasa menyalurkan maklumat yang sahih kepada kerajaan demi kebaikan bersama.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia sedang bekerja rapat bersama dengan rakan rakan dari negara Filipina untuk menangani perkara berkenaan.
Pengerusi ESSCom Datuk Sri Panglima Musa Aman juga telah mengumumkan sembilan langkah SOP tambahan bagi SOP sedia ada serta SOP tambahan daripada KDN dan berharap agar semuanya mendapat sokongan dan dokongan rakyat yang ada di kawasan berkenaan.
Zahid berkata demikian pada majlis sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama agensi kementerian dalam negeri di Masjid Al Mujahiddin, Kuarters Polis Tabuan Jaya pada Selasa.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.
Astro Awani
Wed Jul 16 2014

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran Kontinjen Polis Sarawak. -fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.