Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral.
Dua daripada lima penerbitan tersebut - 'Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar' dan 'Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi' dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengeliru dan merosakkan akidah umat Islam.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 76 dan 77 bertarikh 29 Mac.
Sementara itu, Hashimah berkata tiga lagi penerbitan lain dikenakan perintah larangan mengikut Warta Kerajaan P.U. (A) 85,88, dan 89 bertarikh 4 April 2016.
"Penerbitan Sex, Pork, And Persecution: How's One Young Man's Fight Against Conformity Led to Imprisonment and Vilification dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan moral kerana mengandungi unsur-unsur lucah.
Penerbitan 'Orang Ngomong Anjing Gong Gong' pula mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan keselamatan dan mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma serta etika moral masyarakat Malaysia, katanya.
Selain itu, Grey (Fifty Shades of Grey As Told By Christian) turut diambil tindakan larangan berikutan penerbitannya yang mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah, katanya.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," tambahnya.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Bernama
Fri Apr 22 2016
Semua penerbitan yang dikenakan perintah larangan itu mempunyai kandungan yang boleh menimbulkan mudarat kepada pemikiran dan moral pembaca. - Gambar hiasan
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
KDN larang lima penerbitan kerana mudaratkan ketenteraman awam
Antara kandungan buku itu didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh mengeliru dan merosakkan akidah umat Islam, selain kandungan lucah.