Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan KDN membatalkan lesen syarikat keselamatan di Perak baru-baru ini adalah sebagai iktibar dan amaran untuk syarikat keselamatan yang lain.
Alwi berkata demikian dalam kenyataan media bagi menjawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja berikutan lesen majikan mereka dibatalkan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.
"Tindakan ini menunjukkan KDN tidak akan berkompromi sekiranya ada syarikat keselamatan yang gagal mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan" katanya lagi.
Alwi berkata sejak kebelakangan ini, terdapat kejadian atau insiden buruk berlaku akibat daripada kegagalan syarikat kawalan keselamatan mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan.
“Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan KDN bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku lagi”
Alwi melihat kejadian atau insiden buruk seumpama itu boleh memberi gambaran negatif terhadap penyeliaan dan penguatkuasaan KDN terhadap syarikat kawalan keselamatan di negara ini.
“Maka tindakan sewajarnya akan diambil termasuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat” ujar Alwi.
Alwi juga mengingatkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan dengan mengambil mudah sehingga terlupa matlamat penubuhan syarikat.
Sebelum ini, dalam satu laporan oleh berita tempatan seramai 247 pengawal keselamatan di Ipoh menerima notis pembekuan kerja berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh KDN berkuat kuasa, 1 Nov.
KDN adalah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada semua syarikat kawalan keselamatan.
Azyyati Ahmad
Sun Nov 03 2013
![KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383448535_295x200.jpg)
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383448535_295x200.jpg)
KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja
Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan membatalkan lesen syarikat keselamatan berkenaan sebagai iktibar untuk syarikat keselamatan yang lain.