KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara sebagai usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan Malaysia.
KDN dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan cadangan rangka pelan induk komprehensif itu adalah melalui pembangunan strategi dan pelan tindakan bersepadu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan lain yang terlibat dalam kawalan sempadan negara.
"Pelan induk yang dirangka ini akan dilaksanakan berdasarkan kepada dua fokus strategi iaitu memperkukuh operasi kawalan keselamatan sempadan negara dan memperkasa kapasiti kawalan sempadan negara.
"Fokus strategi yang dirangka untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan negara akan dilaksanakan secara pemusatan kepada lima sempadan hadapan negara iaitu Utara (Kedah, Perlis dan Perak); Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang); Selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor); Sabah dan Sarawak," menurut KDN.
Ia bagi menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai langkah memastikan bidang kuasa dan kerjasama di antara pihak berkuasa terlibat untuk membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan larangan yang berleluasa di sempadan Indonesia-Sarawak.
Selain itu KDN juga kini dalam tindakan pelaksanaan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS) sebagai usaha memperkasakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kawalan keselamatan sempadan.
"Pembangunan sistem NBCS yang dicadangkan ini akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan dalam melindungi sempadan darat dan maritim Malaysia demi keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
"Penggunaan teknologi AI ini akan membolehkan pengesahan objek dilaksanakan secara efektif di samping dapat mengelakkan penggera palsu serta dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan keselamatan di sempadan," menurut KDN.
Kajian Kebolehlaksanaan NBCS di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia ke-12 itu dilaksanakan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) melalui pelantikan pasukan penyelidik dan pakar universiti awam bermula 7 Sept tahun lepas dengan tempoh kajian selama 14 bulan yang dijangka tamat pada November ini.
Dalam jawapan berasingan, KDN memaklumkan jumlah permohonan kewarganegaraan yang diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh Januari hingga 10 Jun lepas adalah sebanyak 3,030 permohonan dan diproses mengikut prosedur.
Ia bagi menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu jumlah permohonan kewarganegaraan yang telah diproses, tertunggak dan berjaya menerima kelulusan sejak Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Pelan induk itu akan dilaksanakan berdasarkan kepada dua fokus strategi iaitu memperkukuh operasi kawalan keselamatan sempadan negara dan memperkasa kapasiti kawalan sempadan negara.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.