HULU SELANGOR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Beliau berkata ini kerana Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet telah memaklumkan kepadanya supaya semua NSA mempunyai tatakelola yang baik.
"Memang kita nak pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan ini diperkasakan, kerana duit dalam sukan tak banyak, bila tak banyak tajaan, itu sangat berharga, setiap wang yang disumbang untuk pembangunan sukan mesti digunakan dengan baik.
"Kalau kita nak keyakinan orang ramai ataupun pihak swasta untuk terus bagi sumbangan kepada persatuan sukan, tatakelola itu mesti wujud dan kita kena ada kuasa pemantauan dan penguatkuasaan, itu sangat penting," kata Hannah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Klinik Bola Sepak Bersama Komuniti Orang Asli Kuala Kubu Bharu di Kampung Orang Asli Pertak di sini, hari ini.
Hannah berkata KBS akan berbincang bersama Pesuruhjaya Sukan (PJS), untuk memastikan semua NSA mempunyai tatakelola yang baik.
Selain aspek tatakelola yang baik, beliau berkata KBS juga sedang melihat bagaimana untuk meminda akta sedia ada bagi memberikan lebih banyak punca kuasa kepada kementerian itu, sekali gus tidak hanya akan menanti laporan berhubung sesuatu perkara.
Sementara itu Hannah berkata beliau percaya isu 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, mampu diselesaikan badan induk itu secara dalaman dengan pemantauan agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Hannah berkata KBS akan berbincang bersama Pesuruhjaya Sukan (PJS), untuk memastikan semua NSA mempunyai tatakelola yang baik. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Sasaran pingat Sukan SEA 2025, ikut saranan pakar - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.