KUALA KRAI: Beberapa kawasan tumpuan di negeri ini dijangka menerima jumlah pengunjung luar biasa apabila aktiviti merentas negeri dibenarkan kelak.
Pengarah Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) Kelantan Mohd Aidil Afiezi Daud berkata, pengunjung luar Kelantan khasnya, akan menyerbu kawasan-kawasan pelancongan.
"Lokasi yang biasanya jadi tempat yang wajib dilawati ialah Pasar Siti Khadijah, waktu malam di Wakaf Che Yeh. Mereka juga akan suka beli belah di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor dan juga zon bebas cukai Rantau Panjang.
"Empat tempat ini biasanya jadi tumpuan pelancong kerana menawarkan pelbagai produk tempatan dan dari negara jiran, seperti periuk belanga, makanan, coklat.
"Jadi, saya minta peniaga bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung," katanya ketika ditemui semalam.
Ketika ini, Kelantan masih lagi berada pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun kerajaan negeri menjangkakan peralihan ke Fasa Tiga dapat dicapai pada bulan ini.
Ini kerana, program vaksinasi rakyat Kelantan sudah menghampiri sasaran 80 peratus populasi.
Pada masa sama, kawasan pelancongan juga mulai dibuka dengan kebanyakan perniagaan sudah beroperasi.
Mohd Aidil berkata, pembukaan sektor perniagaan dan kebenaran rentas negeri dapat meningkatkan kembali rantaian ekonomi sektor pelancongan yang sebelum ini berada dalam keadaan malap.
Pihak berkuasa juga sudah menetapkan prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi bagi mengekang penyebaran COVID-19 apabila semua sektor kembali beroperasi kelak.
Muhafandi Muhamad
Sun Oct 03 2021

Mohd Aidil berkata, pembukaan sektor perniagaan dan kebenaran rentas negeri dapat meningkatkan kembali rantaian ekonomi sektor pelancongan yang sebelum ini berada dalam keadaan malap. - Astro AWANI
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Melaka tambah baik kemudahan, fasiliti pastikan zon bebas kenderaan berjalan lancar
Kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.

Tingkatkan tahap capaian internet di kawasan pelancongan - Fahmi Fadzil
Perkara itu harus diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan agar pengguna menikmati kepuasan setimpal dengan kos yang dibayar kepada syarikat telekomunikasi.

SJR labuh tirai, Polis Pulau Pinang terus pantau kawasan tumpuan pelancong
PDRM akan kuat kuasakan pematuhan di lokasi berkenaan agar orang awam lebih mematuhi disiplin dan SOP ditetapkan.

Kawasan tumpuan di Kelantan bakal terima jumlah pengunjung luar biasa - MOTAC
Mohd Aidil berkata, pengunjung luar Kelantan khasnya, akan menyerbu kawasan-kawasan pelancongan.

KPDNHEP pantau lebih 4,000 premis di pusat pelancongan sempena sempena TMM2020
Pemantauan serta penguatkuasaan itu akan dijalankan menerusi Program Pematuhan Penandaan Harga di premis kawasan tumpuan pelancong 2020 (Ops Indah).