YAN: Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi di sini yang terjejas akibat tragedi kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata ini kerana, beberapa struktur binaan dan tanah di sekitar kawasan itu didapati turut runtuh sekali gus berubah landskap kawasan menyebabkan aliran air deras dan tidak terkawal.
"Dalam keadaan sekarang ini kita tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk kawasan ini lagi, ini agak membimbangkan dan banyak struktur yang tidak selamat," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian banjir kilat di Titi Hayun di sini hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan sebanyak 160 rumah di beberapa kampung dalam daerah Yan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak petang Rabu itu.
Pada Khamis, BERNAMA melaporkan penduduk kampung di sekitar daerah ini menjadi trauma dengan keadaan banjir kilat yang berlaku itu setelah berhadapan situasi berkenaan sebanyak tiga kali selepas tragedi kepala air pada 18 Ogos itu.
Sehubungan itu, Suraya meminta kerajaan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempercepatkan pembinaan Empangan Sabo bernilai RM20 juta di kawasan Gunung Jerai, bagi menggantikan pokok dan batu yang bertindak sebagai penampan sebelum ini.
Beliau berkata empangan itu akan bertindak melambatkan pergerakan air seterusnya membantu mengurangkan kemusnahan di bahagian bawah dan kampung di sekitar situ.
Untuk rekod, pada 23 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan bagi kerja menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu, yang turut membabitkan pembinaan empangan itu fasa satu bernilai RM20 juta.
Dalam pada itu, Suraya menafikan dakwaan masyarakat setempat berhubung kelewatan kerja membersihkan dan mendalamkan sungai terlibat, sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat pada Rabu lepas di kawasan tragedi itu.
Katanya kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik kepada penduduk dan berharap mereka bersabar kerana tragedi yang berlaku itu disebabkan bencana alam.
"Siapa kata lambat, kita dah buat benteng batu di sepanjang sungai, tetapi semua batu dihanyutkan dengan air yang laju deras membawa batu dari atas ke bawah dan ke tepi, bukan pasal kita lambat, kita faham masalah mereka, tetapi perlu faham dengan alam," katanya.
Suraya berkata kerja membaik pulih dan membersihkan sungai sudah bermula pada pertengahan September lalu dan sehingga kini mencapai 65 peratus kemajuan dan dijangkakan siap pada awal November depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
![Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635076622_PengerusiJawatankua.jpg)
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Suraya Yaacob (kiri) melihat kesan runtuhan akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Titi Hayun hari ini. - Foto BERNAMA
![Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
![Tragedi kepala air sukar dilupa, Titi Hayun kini hanya tinggal nama Tragedi kepala air sukar dilupa, Titi Hayun kini hanya tinggal nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691743440_TBTitiHayun.jpg)
Tragedi kepala air sukar dilupa, Titi Hayun kini hanya tinggal nama
TRAGEDI kepala air dahsyat yang melanda Taman Eko Pelancongan Titi Hayun, Yan, Kedah, pada Ogos 2021 akan terus kekal terpahat di dalam ingatan penduduk setempat.
![Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun di Yan dilanda kepala air Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun di Yan dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684162369_airterjunTitiHayu.jpg)
Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun di Yan dilanda kepala air
Kawasan air terjun Titi Hayun dan Seri Perigi di sini sekali lagi dilanda kepala air berikutan hujan lebat pada petang Isnin.
![Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660816556_kepalaairYanban.jpg)
Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air
Empangan Sabo di Yan kini telah 50 peratus pembinaannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.
![Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660814418_TBBANJIRYAN.jpg)
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
![Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654943071_TBMENARAAWAMRAN.jpg)
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.
![Dua empangan sabo di Titi Hayun dan Tupah dijangka siap Jun 2023 - KASA Dua empangan sabo di Titi Hayun dan Tupah dijangka siap Jun 2023 - KASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639576012_IbrahimTuan.jpg)
Dua empangan sabo di Titi Hayun dan Tupah dijangka siap Jun 2023 - KASA
Dua empangan sabo yang akan dibina di kawasan Titi Hayun, Yan dan Tupah, Kuala Muda bermula pertengahan Januari tahun hadapan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.
![Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635076622_PengerusiJawatankua.jpg)
Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi
Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi yang terjejas akibat tragedi kepala air, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.
![Tiga pusat peranginan di Yan masih ditutup, tidak selamat dikunjungi Tiga pusat peranginan di Yan masih ditutup, tidak selamat dikunjungi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634878390_tutup.jpg)
Tiga pusat peranginan di Yan masih ditutup, tidak selamat dikunjungi
Lokasi terbabit ialah Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar ditutup kepada orang ramai sejak Ogos lalu berikutan kejadian kepala air.
![Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631768050_SultanSallehuddinS.jpg)
Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun.
![Hentikan amalan khurafat, elak berlaku bala lagi di Gunung Jerai - Idris Ahmad Hentikan amalan khurafat, elak berlaku bala lagi di Gunung Jerai - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631340277_MenteriDiJabatanP.jpg)
Hentikan amalan khurafat, elak berlaku bala lagi di Gunung Jerai - Idris Ahmad
Idris menasihati semua pihak agar menghentikan amalan khurafat serta aktiviti pemujaan di beberapa kawasan di Gunung Jerai.