Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini, berbanding sembilan kawasan pada pukul 10 malam tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Larkin Lama di Johor dengan bacaan tertinggi iaitu 126, diikuti Balok Baru, Kuantan (123).
Selain itu, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 117 dan Bukit Rambai di Melaka (111), diikuti Muar dan Pasir Gudang di Johor masing-masing 116 dan 109.
Bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota, Kuantan adalah 109 manakala di Samarahan, Sarawak pula 104.
Sementara itu, sebanyak 29 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 97, diikuti Kuching, Sri Aman dan Sarikei di Sarawak masing-masing 93, 89 dan 85 manakala Seremban pula mencatat bacaan 85.
Selain itu, 14 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Seberang Jaya 2, di Perai, Pulau Pinang (48), Kuala Terengganu (46), Bakar Arang, Kedah (45), SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (43), Jalan Tasek dan SK Jalan Pegoh di Ipoh (38).
USM di Pulau Pinang dan Kampung Air Putih, Taiping masing-masing mencatat bacaan 37, Alor Setar dan Perai (32), Langkawi dan Seri Manjung di Perak (29), Tanah Merah, Kelantan (26) dan Kuala Kangsar di Perak (23).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Bernama
Tue Sep 29 2015

Bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota, Kuantan adalah 109 manakala di Samarahan, Sarawak pula 104.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.
Umno tiada kaitan dengan penemuan wang, jongkong emas
UMNO Tidak Mempunyai Sebarang Kaitan Dengan Penemuan Sejumlah Besar Wang Tunai Dan Jongkong Emas Di Rumah Individu Yang Terkait Dengan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perbelanjaan selenggara Jalan Persekutuan 22 RM 7.71 juta dari 2023 hingga 2025
Pecahan perbelanjaan bagi Jalan Persekutuan di Daerah Sandakan adalah termasuk kerja-kerja pavemen, pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, perabot jalan, jambatan dan longkang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Penguat kuasa diugut tauke sindiket e-waste
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ada pegawai yang menjalankan tindakan penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste) di negara ini diperas ugut.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

JKDM Selangor rampas kabin van, minuman keras, tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kabin van, minuman keras dan tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara dan Barat, Klang.

Kawasan catat IPU tidak sihat menurun kepada 8 kawasan pada 9 pagi - JAS
Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini, berbanding sembilan kawasan pada pukul 10 malam tadi.

Jerebu: Tiga kawasan catat IPU tidak sihat tengah hari ini
Tiga kawasan itu ialah Kemaman di Terengganu (103), Pasir Gudang di Johor dan Balok Baru di Kuantan dengan bacaan masing-masing 102.