Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengawal sempadan dan memberi perhatian terhadap kes jenayah di Selatan Thailand yang berpotensi membahayakan rakyat Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini isu itu bukan menjadi ancaman besar dan pihaknya akan memberi kerjasama dengan pihak Thailand dalam usaha memerangi jenayah.
“Pada peringkat kami, ia bukan ancaman yang besar. Walaupun kami sentiasa mengawasi sempadan, pelbagai perkara yang berlaku di Selatan Thailand ini mungkin boleh membahayakan rakyat.
“Kita sentiasa memberi perhatian yang rapi dalam masalah itu; kami akan beri kerjasama kepada pihak Thailand,” kata Khalid dalam satu sidang media di sini, pada Rabu.
Mengulas isu beberapa penjenayah yang dikehendaki pihak Thailand yang bersembunyi di Malaysia baru-baru ini, Khalid menegaskan pihak Thailand perlu memberi maklumat supaya pihak PDRM dapat membantu pencarian.
“Bagi kita butiran, kita akan cari. Memang penjenayah Thailand ada di sini, sama seperti penjenayah Malaysia yang juga ada di sana, kerana mereka hanya menyeberangi sempadan.
“Kami sentiasa bekerjasama, kadang-kadang mereka tangkap dan hantar kepada kita, dan sebaliknya kadang-kadang kita tangkap dan hantar kepada mereka,” kata Khalid.
Tambah beliau, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan rakan sejawatan dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura.
“Kita sentiasa bekerjasama dengan mana-mana negara, khususnya menerusi platform ASEANAPOL. Jadi apabila mereka mempunyai penjenayah di negara kita, mereka boleh berhubung sama ada melalui INTERPOL ataupun ASEANAPOL.
“Itu tidak menjadi masalah kepada PDRM,” kata Khalid.
Pada Selasa, komander polis wilayah Narathiwat, Mejar General Phattanawut Angkhanawin memaklumkan terdapat beberapa penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Thailand dipercayai sedang bersembunyi di Malaysia.
Penjenayah berkenaan disifatkan berbahaya kerana dipercayai mendalangi serangan bom di Selatan Thailand serta kesalahan membabitkan dadah, dan polis Narathiwat memohon bantuan pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan suspek-suspek terlibat.
Dania Zainuddin
Wed Sep 07 2016
Khalid (gambar) berkata setakat ini isu itu bukan menjadi ancaman besar dan pihaknya akan memberi kerjasama dengan pihak Thailand dalam usaha memerangi jenayah. -Gambar fail
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Kawalan sempadan dipergiat, elak insiden Selatan Thailand ancam negara - KPN
Khalid berkata setakat ini isu itu bukan menjadi ancaman besar dan pihaknya akan memberi kerjasama dengan pihak Thailand dalam usaha memerangi jenayah.