PUTRAJAYA: Kaunter khas bagi Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) minggu depan bagi melancarkan urusan pulang warganegara asing berkenaan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata lapan buah kaunter dan ruang menunggu akan dibuka di Aras 2, klia2 dengan kapasiti seramai 500 orang pada satu masa.
Sebanyak 20 kaunter tambahan dan ruang menunggu baharu akan dibuka secara berpusat di Short Term Car Park KLIA yang dijangka dapat menampung kapasiti seramai 850 sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Imigresen sedang berunding dengan pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menambah kaunter dan lokasi menunggu giliran yang sesuai ekoran jumlah pendatang tanpa izin ke KLIA untuk berurusan di kaunter khas program berkenaan di Aras 3 terminal utama KLIA adalah di luar jangkaan dan melebihi kapasiti ruang menunggu.
Kaunter khas di Aras 3 KLIA dibuka sejak 5 Julai lepas untuk membolehkan pendatang tanpa izin berurusan bagi pulang ke negara asal dengan segera. Mereka boleh hadir ke kaunter berkenaan sekurang-kurangnya enam jam sebelum waktu penerbangan tanpa melalui Sistem Temujanji Online (STO) untuk berurusan di pejabat Imigresen.
Program Rekalibrasi Pulang memberi peluang kepada pendatang yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen juga sedang mengambil tindakan untuk membuka kaunter khas di pintu masuk laut di Johor bagi memberi kemudahan kepada pendatang tanpa izin warga Indonesia pulang segera menggunakan feri.
"Jabatan Imigresen juga ingin memaklumkan bahawa hanya pendatang tanpa izin yang mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) negatif sahaja dibenarkan berurusan di kaunter-kaunter khas ini," katanya.
Menurutnya, sehingga semalam, seramai 101,691 orang pendatang tanpa izin telah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Pulang dan 83,117 daripadanya telah meninggalkan negara.
Seramai 3,483 pendatang tanpa izin telah pulang melalui perkhidmatan kaunter khas di KLIA sejak 5 Julai hingga semalam, katanya.
Mengulas laporan terdapat pendatang tanpa izin terkandas dan terlepas penerbangan di KLIA, beliau berkata mereka menunggu giliran bagi membayar kompaun sebanyak RM500 dan mendapatkan Memo Periksa Keluar sebelum dibenar meninggalkan Malaysia kerana telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa.
Katanya terdapat juga pendatang tanpa izin yang terlepas penerbangan kerana datang lewat tetapi terus kekal berada di KLIA untuk menunggu giliran dan penerbangan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Khairul Dzaimee berkata lapan buah kaunter dan ruang menunggu akan dibuka di Aras 2, klia2 dengan kapasiti seramai 500 orang pada satu masa. - Gambar/ Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.

Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.

Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.

Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.

11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.