TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM6.3 juta di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama 2023.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah Mohd Nasir Deraman berkata nilai itu membabitkan 591 kes dengan 573 rampasan dan 17 tangkapan.
Katanya, kes terbaharu adalah rampasan rokok seludup bernilai lebih RM261,000 berhampiran kawasan pesisir pantai Cowie Bay, Batu 2 Jalan Apas di sini pada 8.30 malam, Selasa lepas.
"Kita menerima maklumat kemasukan sebuah bot mencurigakan dan sepasukan anggota ke lokasi kejadian lalu menemukan longgokan kotak ditinggalkan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kotak berkenaan mengandungi 384,000 batang rokok dipercayai daripada negara jiran," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohd Nasir berkata rokok jenama baharu itu dipercayai dibawa masuk menggunakan bot laju yang memasuki kawasan sunyi bagi mengelak dikesan anggota penguat kuasa serta untuk pasaran tempatan.
Tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kawasan pesisir pantai daerah ini adalah kawasan titik panas dan beberapa lokasi dalam pemantauan JKDM.
Justeru, katanya orang ramai digesa membantu memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan di negeri ini.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam berhampiran", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Mohd Nasir berkata nilai itu membabitkan 591 kes dengan 573 rampasan dan 17 tangkapan. - Gambar fail/Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Kastam Sabah tumpas cubaan seludup rokok bernilai lebih RM6.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM6.3 juta di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama 2023.
Warga asing ditahan bersama rokok seludup bernilai RM786,000
Seorang warga asing dipercayai pemborong rokok seludup berjaya diberkas bersama rokok bernilai RM786,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bubul Laut, dekat sini, 1 Feb lalu.