KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 6,990,000 batang rokok seludup bernilai RM805,200 dalam tiga serbuan berasingan di Gua Musang dan Tumpat, minggu lalu.
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan di Gua Musang dilakukan pada hari Khamis lepas, manakala dua rampasan lagi di Tumpat dibuat pada hari Sabtu, dan semua rokok berkenaan melibatkan duti/cukai berjumlah kira-kira RM4.6 juta (RM4,693,920).
Beliau berkata serbuan di Gua Musang melibatkan rampasan 4,940,000 batang rokok, manakala yang kedua di Tumpat melibatkan 1,250,000 batang rokok, dan rampasan ketiga juga di Tumpat melibatkan 800,000 batang rokok.
"Anggota operasi turut menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 42 tahun dan merampas tiga lori," katanya pada sidang media di Wisma JKDM Padang Bongor, di sini, hari ini.
"Siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk rokok-rokok seludup itu dari negara jiran melalui jalan laut dan sungai untuk dipasarkan ke luar Kelantan, dan ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Katanya jika disabit kesalahan pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar atau 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.
"Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Wan Jamal Abdul Salam (tiga dari kanan) menunjukkan rokok-rokok seludup. - Foto Sinar Harian
Pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Consider This: Rights of Older Persons — Upholding Human Rights of Older Malaysians
Ageing populations are a growing reality worldwide, and Malaysia is no exception. But are we doing enough to uphold the human rights of older persons as they face challenges like access to healthcare, financial security, and age discrimination? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Dr Claudia Mahler, the UN Independent Expert on the enjoyment of all human rights by older persons.
AWANI 7:45 [8/01/2025] – Kerajaan Tidak Sorok | Lebih 180 Laporan Polis | Imej Telah Tercalar | Helikopter Terhempas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerajaan tegaskan tidak sorok titah adendum, ikut proses mahkamah
- 182 laporan polis terhadap Hannah Yeoh, 59 percakapan dirakam
- 92 juta pekerjaan dijangka terjejas menurut laporan WEF, AI terus dominasi
- Lagi tragedi pengangkutan udara, tiga maut helikopter terhempas
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerajaan tegaskan tidak sorok titah adendum, ikut proses mahkamah
- 182 laporan polis terhadap Hannah Yeoh, 59 percakapan dirakam
- 92 juta pekerjaan dijangka terjejas menurut laporan WEF, AI terus dominasi
- Lagi tragedi pengangkutan udara, tiga maut helikopter terhempas
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.
Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren.
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
AWANI Ringkas: Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: AI | 30 Peratus Pekerjaan Hilang 10 Tahun Lagi
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, 30 peratus pekerjaan akan ‘berubah’ kerana impak teknologi kecerdasan buatan (AI). Kelompok mana yang akan terkesan dan apa perlu kita buat? Diskusi 9 malam
38 pendatang tanpa izin ditahan di Kinta, Perak Tengah
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 38 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 22 premis berasingan di sekitar daerah Kinta dan Perak Tengah, awal pagi tadi.
#AWANIRingkas 8 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Januari 2025
1️⃣ Kerajaan tidak sorok - Fahmi
2️⃣ Saya bukan 'bapa' TIA - Najib
3️⃣ Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan tidak sorok - Fahmi
2️⃣ Saya bukan 'bapa' TIA - Najib
3️⃣ Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
#awaniringkas
Kastam Kelantan rampas rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk cukai
Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Kastam Kelantan rampas ayam beku bernilai RM90,000
Jabatan Kastam Kelantan merampas 400 peket ayam beku seberat 6,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM90,000.
Kastam rampas 6,990,000 batang rokok seludup di Gua Musang, Tumpat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 6,990,000 batang rokok seludup bernilai RM805,200 dalam tiga serbuan berasingan di Gua Musang dan Tumpat, minggu lalu.