Cubaan tiga wanita untuk menyeludup masuk mata wang Malaysia dan Thailand bernilai RM500,000 melalui Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, dekat sini gagal apabila ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak.
Pengarahnya Dr Mohamad Saprin berkata kegiatan suspek yang merupakan seorang warga tempatan dan dua warga Thailand berusia antara 40 dan 51 tahun itu dikesan susulan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki mereka pada 4.15 petang, Jumaat lepas.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.
“Pada awalnya, suspek enggan membuka beg galas yang dibawa dan menyatakan ia berisi pakaian dan makanan bagaimanapun pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah mata wang Ringgit Malaysia dan Baht Thailand yang tidak diikrarkan," katanya pada sidang media di Wisma Kastam di sini, hari ini.
Katanya, kesemua wanita itu direman empat hari bermula 8 Feb lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 28(B)(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Mohamad berkata kesemua suspek yang merupakan rakan niaga mendakwa mereka baharu pertama kali melakukan penyeludupan itu namun JKDM akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai rangkaian dengan sindiket penyeludupan mata wang.
“Kita akan semak rekod keluar masuk negara bagi kesemua suspek. Kita akan siasat kemungkinan wang ini dibawa ke kawasan utara berikutan suspek warga tempatan itu berasal dari Sungai Petani, Kedah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020

Mohamad (tengah) menunjukkan sebahagian mata wang Ringgit Malaysia dan Baht Thailand yang tidak diikrar yang dirampas pihak kastam pada sidang media di Wisma Kastam di Ipoh hari ini. Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kastam Perak patah cubaan tiga wanita seludup wang RM500,000
Hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.