NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menjalankan pemeriksaan awal dan penilaian terhadap semua aset-aset kementerian itu, sebagai persiapaan menghadapi banjir ketika musim monsun timur laut.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata pemeriksaan dan penilaian itu, bagi memastikan semua aset terutama rumah pam, pam-pam dan pintu air dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar.
"Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) beri amaran awal yang dikatakan hujan lebat bermula sekarang dan kami di KASA telah mengambil langkah awal memeriksa aset-aset kita, kerana ini mustahak yang perlu dikawal selia dan buat penilaian selalu bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
"Kita telah periksa rumah-rumah pam, pam-pam, pam-pam di pintu masuk, bagi memastikan semuanya lancar, kita tak nak berlaku macam di Taman Seri Muda (Selangor) ada masalah sedikit (berlaku banjir teruk) dan kali ini KASA bersedia lebih awal.
"KASA juga telah mengenal pasti lebih 6,000 kawasan yang dijangka berlaku banjir dan akan memberi lebih perhatian di lokasi yang terlibat itu," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Denai Sungai Kebangsaan di Kampung Chenaam, Sungai Ayer Hitam di sini semalam.
Denai yang dibina sejak tiga bulan lepas itu telah siap dengan kos pembinaan lebih RM380,000.
Ia dipercayai mampu menjadi nilai tambah kepada golongan nelayan di kawasan tersebut dan dalam masa sama menjadi kawasan riadah serta pelancongan, kepada orang ramai.
Sementara itu, mengulas mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pagi Sabtu, Mansor berkata kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat dan sistem perparitan di kawasan tersebut tersumbat.
"Hujan lebat yang direkodkan di Stesen Sungai Ara ialah 72.5mm dan air di dua sungai iaitu Sungai Bayan Lepas serta Sungai Tiram melimpah, menyebabkan beberapa kawasan di situ termasuk LTAPP mengalami banjir kilat, di lapangan terbang pula diburukan lagi dengan longkang tersumbat jadi air tidak boleh keluar dari situ," katanya.
Beliau berkata bagi langkah jangka pendek mengatasi masalah banjir di LTAPP itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi terlibat memastikan sistem perparitan di kawasan tersebut tidak tersumbat.
Pada Sabtu, Kerajaan Pulau Pinang berharap pihak berkuasa berkaitan lapangan terbang seperti Malaysia Airport dan JPS, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dapat membincangkan serta bekerjasama untuk penyelesaian jangka panjang terhadap LTAPP yang dilanda banjir kilat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada pagi Sabtu. Gambar kecil: Mansor. - Foto Sinar Harian
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.