Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu sidang penuh 14 hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penerbitan mingguan Katolik, Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
Katanya, isu itu perlu diputuskan oleh sidang penuh dan perlu diputuskan segera kerana kes tersebut telah menimbulkan ketegangan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam terutamanya
penganut Kristian di negara ini.
"Masyarakat Kristian perlu diyakinkan Mahkamah Persekutuan akan dibarisi oleh hakim Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu malam.
Karpal berpendapat barisan 14 hakim itu harus disertai oleh Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.
"Isu ini perlu diputuskan oleh mahkamah tertinggi secara muktamad," katanya.
Jelas Karpal, keputusan kes itu mempunyai kesan yang luas sehingga melibatkan penganut Sikh yang menggunakan kalimah Allah dalam kitab suci mereka.
"Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan. Masyarakat Sikh mesti diyakinkan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu," tambah beliau.
Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan mingguan Katolik, Herald.
Tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang baru dilantik, Datuk Mohamed Apandi Ali berpendapat larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas Herald tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah itu juga berpendapat kalimah Allah bukanlah bahagian penting dalam amalan dan kepercayaan Kristian, dan membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah akan mencetuskan mudarat kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Keputusan tiga hakim itu bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak antara lain kerana gagal mengambil kira penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak sejak sebelum pembentukan Malaysia.
Sementara itu, laporan menyebut kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu memutuskan bumiputera penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka termasuk menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu, Al-Kitab.
Astro Awani
Thu Oct 17 2013

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.

Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.

'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.

'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.

Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.

Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.

Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.

Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.