SHAH ALAM: Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini ditambah kepada 2,000 orang manakala bagi solat fardu lima waktu pula berjumlah 500 orang berkuat kuasa hari ini susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata ketetapan baharu itu turut membenarkan seramai 700 orang untuk solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya manakala 600 orang di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dan masjid daerah.
Zawawi berkata bagi masjid pengurusan, seramai 400 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat, 500 jemaah di masjid institusi, 350 jemaah di masjid kariah dan 250 jemaah di surau yang diberi kebenaran solat Jumaat.
Katanya, untuk surau kariah dan musolla, tiada jemaah dibenarkan melaksanakan solat Jumaat.
Bagi solat fardu lima waktu, seramai 300 jemaah dibenarkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya; Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang; masjid daerah; masjid pengurusan dan masjid institusi.
"Bagi masjid kariah dan surau diberi kebenaran solat Jumaat, hanya 200 jemaah dibenarkan untuk solat fardu lima waktu dan 100 orang di surau kariah dan musolla," katanya menerusi hantaran itu.
Menurut Zawawi kesemua bilangan jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu itu adalah termasuk para pentadbir.
"Para pentadbir hendaklah terus mengambil langkah pencegahan dengan memberi peringatan berkala atau melalui penceramah agar jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua pentadbir agar tidak membenarkan mana-mana pegawai masjid dan surau yang diberi kebenaran solat Jumaat serta pentadbir musolla (imam, bilal dan siak) yang belum mengambil suntikan vaksin untuk mengendalikan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini ditambah kepada 2,000 orang manakala bagi solat fardu lima waktu pula berjumlah 500 orang berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Kapasiti jemaah untuk solat Jumaat, solat fardu di Selangor ditambah
Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ditambah kepada 2,000 orang manakala bagi solat fardu lima waktu pula berjumlah 500 orang berkuat kuasa hari ini.
PKP seluruh negara: Ini 11 perkara penting yang anda perlu tahu
Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.
PKP: Ketetapan baharu bilangan jemaah di masjid dan surau di Selangor
Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.
Johor benar 40 jemaah tunai solat Jumaat, fardu mulai esok
Jumlah itu tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa dan pengurusan kariah masjid dan surau.
Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah
Kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di Melaka.
Solat Jumaat, jemaah dibenarkan di Mukim 12 - Mufti P. Pinang
Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu dijalankan di masjid dan surau di Mukim 12, daerah Barat Daya.