Enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, awal pagi ini.
Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35, Muhamad Heri Hernanda, 28, Raden Abdur Rahem, 31, Rendy Alamanda,28, Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata kapal MT Putri SEA itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.
"Kapal tersebut mempunyai kepanjangan 46.3 meter dan membawa sebanyak enam orang anak kapal warganegara Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi tadi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal.
"Sejurus itu, sebuah bot Penggalang 15 dari Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.15 pagi tadi dan mendapati tiada sebarang kelibat kapal ditemukan," kata Mohd Taha.
Namun begitu, pihaknya mendapati terdapat kesan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian.
Mohd Taha berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 12:30 tengah hari tadi melibatkan satu bot Penggalang 15 dari DM7 Tanjung Sedili, satu Kapal Al-Nilam dari Jabatan Laut serta dua buah bot dari Pelabuhan Johor. -- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2017

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata kapal MT Putri SEA itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea. - Foto APMM
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kapal tangki meletup, enam anak kapal dilapor hilang
Enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki meletup dan dipercayai tenggelam dekat Pengerang.