PULAU INDAH: Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal siap sepenuhnya dan diserahkan pada Mac ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, setelah mendengar taklimat, kemungkinan berlaku peralihan masa bagi menyiapkan pembinaan kapal berkenaan.
“Saya tadi menyebut dengan jelas pendirian kerajaan untuk tarikh serahan tidak lagi diubah atau dilanjut pada satu tempoh yang panjang atas alasan-alasan yang tidak boleh lagi dikompromi.
"Saya minta tidak lagi tertangguh, kalau tangguh hingga Mac 2025, habislah. Tapi saya minta itu jangan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja rasminya ke tapak pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) di sini pada Jumaat.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberikan suntikan pinjaman berjumlah RM152.6 juta bagi memastikan projek OPV 1 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) disiapkan.
Menurut beliau, projek OPV diambil alih Kementerian Kewangan daripada syarikat usaha sama Tabung Haji dan Destini Berhad iaitu THHE Destini Sdn Bhd selepas ia dikesan menghadapi masalah besar.
Jelas Anwar, OPV 1 dijangka boleh disiapkan pada tahun ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 06 2023
Saifuddin (lima, kanan) bergambar sempena lawatan rasmi ke tapak pembinaan kapal Offshore Patrol Vessel 1 (OPV1) di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) Berhad, Pulau Indah, hari ini. - Gambar BERNAMA
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
TH Heavy Engineering bukan lagi anak syarikat Tabung Haji - TH
TH Heavy Engineering Berhad yang terkait dengan isu kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik APMM bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).
Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).