PELABUHAN KLANG : Malaysia menjadi negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Turki.
Persinggahan TCH Kinaliada ini disifatkan Duta Turki ke Malaysia, Emir Salim Yuksel sebagai bukti kesediaan Turki dan Malaysia dalam mengangkat kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan.
Dalam masa sama, jelas Emir Salim, apa yang utama juga ialah persinggahan TCH Kinaliada, di sini, sebagai meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua negara.
“Meraikan ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik Turki-Malaysia, kunjungan ini antara bukti kesediaan dua negara dalam mengangkat kerjasama pelbagai bidang termasuk pendidikan, teknologi, sains, pertahanan dan banyak lagi ke tahap yang lebih baik dan lancar.
“Kunjungan ini merupakan usaha mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP),” kata beliau dalam sidang media di Cruise Terminal, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Emir Salim mengadakan kunjungan hormat ke atas TCG Kinaliada yang berlabuh di Cruise Terminal, Pelabuhan Klang.
Sebelum tiba di Pelabuhan Klang, TCG Kinaliada terlebih dahulu berlabuh di pelabuhan Chittagong, Bangladesh.
TCG Kinaliada yang menempatkan 110 krew tentera laut Turki melakukan kunjungan ke 24 pelabuhan merentasi 20 negara sepanjang 134 hari perjalanannya, meliputi 27,000 batu nautika ke Jepun.
Siap dibina pada 29 September 2019, TCG Kinaliada merupakan kapal keempat dihasilkan di bawah projek korvet kebangsaan Turki (MİLGEM) yang memulakan pelayaran dari Izmir pada 9 April lalu.
Pelayaran ini bagi meraikan ulang tahun ke-100 hubungan diplomatik Turki-Jepun serta memperingati ulang tahun ke-134 tenggelamnya kapal frigat Uthmaniyyah Ertuğrul akibat taufan ketika lawatan ke Jepun.
Selain Malaysia, Jepun dan Bangladesh, negara lain yang turut disinggah dalam laluan pelayaran TCG Kinaliada ialah, Arab Saudi, Djibouti, Somalia, Maldives, Indonesia, Thailand, China, Korea Selatan, Filipina,
Singapura, Sri Lanka, India, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan dan Jordan.
Faida Rahim
Mon May 13 2024
Malaysia menjadi negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Turki.- Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.