Sebuah kapal kargo membawa muatan 500 tan barangan am dilaporkan hilang di Laut China Selatan, Sabtu lalu, ketika dalam pelayaran dari Kuching ke Limbang.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit, berkata kapal kargo yang didaftarkan dengan nama 'Sah Lian' berlepas dari Pelabuhan Kuching, 2 September lalu dan sepatutnya tiba di Pelabuhan Limbang pada 5 September.
Kapal berkenaan disedari hilang oleh pemiliknya apabila tidak tiba di Pelabuhan Limbang mengikut tarikh dijadualkan dan memaklumkan kehilangan kepada pihak berkuasa.
Menurut Ismaili, kali terakhir pemilik kapal menghubungi kapten kapal pada 3 September, namun ketika itu perjalanan dimaklumkan lancar.
Bagaimanapun, selepas kehilangannya disedari, pemilik cuba menghubungi anak kapal tetapi gagal.
APMM Sarawak melancarkan gerakan mencari dan menyelamat kapal yang memiliki 14 krew dan seorang kapten kapal.
Lokasi terakhir kapal itu dikesan sebelum kehilangannya adalah di Tanjung Sirik di perairan Belawai, Sarikei.
Masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan kes penculikan atau serangan lanun.
Hakim Rahman
Wed Sep 09 2015
Kapal berkenaan disedari hilang oleh pemiliknya apabila tidak tiba di Pelabuhan Limbang mengikut tarikh dijadualkan. - Foto BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Kapal kargo hilang di Laut China Selatan
Kapal kargo membawa muatan 500 tan barangan am dilaporkan hilang di Laut China Selatan ketika dalam pelayaran dari Kuching ke Limbang.
APMM Sarawak tahan empat bot, 35 nelayan asing
Op Orion Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menahan empat bot dan 35 nelayan warga Thailand dan Vietnam sepanjang empat hari operasi, bermula 28 Ogos lalu.