IPOH: Kapal kontena dari Amerika Syarikat yang disyaki dalam perjalanan membawa sisa plastik ke negara ini akan diusir sebaik sahaja kapal itu berlabuh dan pemeriksaan berkaitan selesai dilakukan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tun Man.
Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk memantau dan menahan kapal tersebut apabila tiba di Pelabuhan Klang.
"Apabila kapal berlabuh di Pelabuhan Klang, kita akan menyemak dengan teliti keadaan sisa plastik dalam kontena. Sekarang, kita berhubung dengan pihak pelabuhan dan kastam untuk menunggu kapal itu yang dijangka sampai di Pelabuhan Klang hari ini dan menahan kontenanya di kawasan pelabuhan.
"Kita juga akan maklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan di Amerika Syarikat mengenai pengimportan sisa plastik ke negara berkenaan sama ada ia dicemari dengan bahan buangan terjadual atau bahan kimia sebelum dihantar balik ke negara asal," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Terdahulu, Tuan Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, diminta mengulas perkembangan terkini isu tersebut.
Dua hari lepas, menteri itu dilaporkan berkata Jabatan Alam Sekitar tidak menerima sebarang permohonan pengimportan sisa plastik tersebut yang disyaki dibawa dari Los Angeles.
BACA: Kontena bawa sisa plastik dari Los Angeles akan ditahan di Pelabuhan Klang Isnin ini
BACA: EU larang eksport sisa plastik mulai tahun depan
Mengulas isu berbeza, Tuan Ibrahim mencadangkan negeri berjiran yang berkongsi sungai utama bekerjasama membina loji rawatan air (LRA) di lembangan sungai itu bagi menjimatkan kos.
"Kita mempunyai idea supaya loji-loji air ini akan berkongsi antara negeri jadi boleh dibekalkan kepada dua negeri. Itulah mekanismenya.
"Kalau satu loji boleh bekalkan air kepada dua-dua negeri kita akan jimat kos. Tetapi ini memerlukan rundingan di peringkat negeri," katanya, menambah kementeriannya bersedia membantu dari segi khidmat nasihat kepada negeri yang berminat melaksanakan idea tersebut.
Terdahulu ketika berucap, Tuan Ibrahim berkata dua daripada tiga pakej projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Papan di daerah Kinta yang bernilai hampir RM2 bilion dijangka siap pada November ini.
Menurutnya projek meliputi pembinaan rangkaian paip pembetungan sejauh 157 kilometer, 14 buah stesen pam dan sebuah loji rawatan kumbahan serantau yang boleh menampung kapasiti kumbahan bersamaan dengan 1.5 juta penduduk.
"Melalui projek ini, 277 buah loji kecil di sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan seterusnya mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas saliran air yang disebabkan oleh pelepasan air sisa kumbahan,' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Tuan Ibrahim berucap pada Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak di Ipoh, 22 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Kapal bawa sisa plastik dari AS akan diusir - Tuan Ibrahim
Arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk memantau dan menahan kapal tersebut apabila tiba di Pelabuhan Klang.