DUNGUN: Seorang kanak-kanak Tahun Satu terpaksa melupakan hasratnya untuk memulakan sesi persekolahan baharu, selepas cedera akibat diserang seekor kera di Kampung Baru Kuala Abang di sini, pada Ahad lepas.
Akibat serangan itu, Muhammad Umar Ziyad Zaharudin, 7, terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman selepas mengalami kecederaan di bahagian betis kiri dan tangan kanan.
Ibunya, Suzilawati Ismail, 39, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu jelas sangat terkilan apabila kini terlantar di hospital menerima rawatan, sedangkan pada mulanya dia nampak cukup riang dan teruja untuk hadir hari pertama di Sekolah Kebangsaan Kuala Abang.
"Doktor maklumkan anak saya mungkin tidak dapat berjalan dalam tempoh sebulan kerana kecederaan teruk di kakinya. Sepanjang tempoh itu, dia mungkin akan menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) sahaja.
"Meskipun agak trauma dan sedih, namun saya bersyukur kerana Muhammad Umar Ziyad semakin pulih serta ceria hari ini, dan jika tiada sebarang halangan, dia akan dibenarkan pulang ke rumah pada petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian pada 6.55 petang Ahad lepas, Suzilawati berkata, beliau bersama dua anaknya berada di rumah kakaknya yang terletak bersebelahan di kampung berkenaan.
"Muhammad Umar Ziyad pulang dahulu ke rumah, saya dan anak sulung masih berada di beranda rumah kakak, tiba-tiba terdengar dia menjerit meminta tolong di halaman rumah saya.
"Nasib baik suami memang ada di rumah dan segera menyelamatkan dia. Kaki dan tangannya berlumuran darah dan koyakan pada kaki memang besar," katanya yang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Suzilawati berkata, disebabkan luka anaknya yang serius, dia terpaksa dihantar ke Hospital Kemaman untuk menjalani pembedahan kecil bagi mencantumkan semula kulitnya yang koyak. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Muhammad Umar Ziyad Zaharudin dirawat di Hospital Kemaman selepas mengalami kecederaan di bahagian betis kiri dan tangan kanan akibat diserang kera. - Gambar ihsan SUZILAWATI ISMAIL
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Kanak-kanak Tahun Satu cedera diserang kera
Muhammad Umar Ziyad diserang seekor kera di halaman rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun pada Ahad lepas.