KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera bapa tirinya dalam kejadian di Taman Sri Ramal, Kajang di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam 22 Nov lepas berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dibawa ke hospital itu.
Beliau berkata pegawai itu menyatakan Jabatan Kecemasan dan Trauma Zon Merah Hospital Serdang menerima kanak-kanak terbabit yang dibawa menggunakan ambulans dari rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 11.33 malam.
"Hasil pemeriksaan didapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa dipercayai daripada kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah.
"Selain itu, terdapat kesan-kesan cedera hingga lebam di bahagian punggung, dada dan lengan mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang merupakan bapa tiri mangsa telah ditahan di pekarangan Hospital Serdang bagi membantu siasatan pada 2.25 petang tadi.
Mohd Zaid berkata siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan sebuah baldi di dalam tandas akibat marah dengan kanak-kanak perempuan itu yang didakwa sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibunya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh manakala permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.
"Polis menyeru supaya orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini agar memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes ASP Ray Erindra Raj di talian 019-6616 640," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022

Pihah polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam 22 Nov lepas berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dibawa ke hospital itu.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
Terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera bapa tiri
Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera bapa tirinya dalam kejadian di Taman Sri Ramal, Kajang pada Isnin lepas.