PASIR GUDANG: Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang maut dikelar di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang dekat sini pada Sabtu berubah sikap daripada seorang peramah menjadi pendiam.
Ahli keluarga terdekat ketika ditemui di berkata, wanita berusia 32 tahun itu menunjukkan perubahan sikapnya sejak Jumaat, sebelum suaminya keluar bekerja di sebuah kilang di Tanjung Langsat.
"Mereka baik dan tak ada bergaduh. Malah boleh dikatakan mereka kerap balik ke kampung di Felda Redong dan Kemelah, Segamat. Malah awal puasa tempoh hari pun mereka ada pulang ke kampung halaman.
“Suaminya ada beritahu, dia risau nak tinggalkan isterinya untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi sebab malam Sabtu dia diam," katanya ketika ditemui pada Ahad.
Ahli keluarganya itu memberitahu mereka amat terkejut apabila dihubungi bapa kanak-kanak lelaki terbabit yang memaklumkan mengenai kejadian menyayat hati itu selepas waktu Zohor pada Sabtu.
Jelasnya lagi, kedua-dua pihak memaklumkan pasangan itu sudah lama kenal sejak di bangku sekolah sebelum mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Pasangan itu, dikurniakan seorang cahaya mata iaitu mangsa yang kini berusia setahun enam bulan dan tinggal bertiga di Taman Cahaya Masai sejak berkahwin.
Dalam pada itu, ahli keluarganya itu turut memaklumkan mangsa yang berusia setahun enam bulan itu merupakan anak tunggal yang aktif selain baharu dapat berjalan dia juga sudah pandai menyebut 'ibu dan ayah'.
Sebelum itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit sekitar jam 1.30 tengah hari pada Sabtu.
Jelasnya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun itu telah menghantar gambar si mati yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.
“Susulan itu, polis melakukan tangkapan ke atas ibu kandung mangsa untuk siasatan lanjut dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar si mati turut dirampas,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 17 2024
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut dikelar ibunya pada Sabtu.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu berubah sikap jadi pendiam
Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang maut dikelar di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang dekat sini pada Sabtu berubah sikap daripada seorang peramah menjadi pendiam.