Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam tong air di bilik air rumah keluarganya di Seksyen 24 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa, Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi.
"Sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 29 tahun tidur bersama mangsa dan lebih kurang jam 10 pagi apabila ibunya bangun (dari tidur) mendapati mangsa tiada di sisinya.
"Ibu mangsa terus ke bilik air kerana nampak pintu bilik air terbuka dan mendapati mangsa dalam keadaan tersembam di dalam tong tadahan air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ibu Iman Harris kemudian membawa anaknya itu ke sebuah klinik kesihatan di Seksyen 19 di sini selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.
"Bagaimanapun pihak klinik membawa mangsa ke Hospital Shah Alam berikutan keadaan kanak-kanak tersebut yang tidak sedarkan diri, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Iman Harris mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Bernama
Wed Aug 17 2016
Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi. -Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Kanak-kanak mati lemas tersembam dalam tong tadahan air
Mangsa, Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi.