Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui semula lapan jam selepas dipercayai diculik oleh dua lelaki di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, pagi tadi.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard mengesahkan perkara itu dan berkata kanak-kanak itu kini dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Kanak-kanak ini telah ditemui dan telah dihantar pulang oleh pemandu teksi di rumahnya pada 5.47 petang.
"Siasatan tetap diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam penculikan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Video berdurasi 20 saat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di laman sosial itu memaparkan kanak-kanak terbabit berada di sisi ibunya ketika ibunya sedang berbual dengan seorang lelaki.
Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki lain muncul dan bersama-sama dengan lelaki berkenaan melarikan kanak-kanak itu dengan sebuah kereta dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.
Dalam rakaman itu juga turut memaparkan sejurus anaknya itu dilarikan dan dimasukkan ke dalam kenderaan itu, ibu mangsa telah meluru ke arah kereta terbabit, bagaimanapun telah terjatuh sebelum kereta itu memecut laju.
Bernama
Fri Oct 09 2015
![Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444376494_Kidnapped.jpg)
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard mengesahkan perkara itu dan berkata kanak-kanak itu kini dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. - Gambar Hiasan
Perkhidmatan Starlink di Malaysia tidak terjejas
Perkhidmatan peranti satelit milik jutawan teknologi, Elon Musk, Starlink di Malaysia tidak akan terjejas susulan pembatalan Tesca Inc untuk melebarkan perniagaannya di Asia Tenggara.
Laku amang seksual ke atas rakan sekolah, pelajar tingkat lima ditahan
Seorang pelajar tingkatan lima ditahan pada Jumaat selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar tingkatan empat sekolah sama di Hulu Kelang.
Muka anak ada kesan hentakan da ketukan - Bapa mangsa
Terdapat kesan hentakan pada bahagian muka kanak-kanak 11 tahun, Noradriana Nor Hasyim yang maut dalam kebakaran bersama datuk dan neneknya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh.
![Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723170613_remajaperempuan.jpg)
Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja perempuan berusia 14 yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis.
AWANI Ringkas: Taktik baharu seludup dadah ke penjara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/41447236623_RapidKL.jpg)
Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini
Rapid Bus akan melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama dengan kerjasama DBKL bermula 15 Ogos ini.
![Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723264539_Adeleengagementri.jpg)
Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman
Penyanyi Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul kepada peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman.
![Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722742343_RIBUTPETIR.jpg)
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 4 petang ini.
![Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu.
![Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti - Polis Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723270002_TBtusukpisau.jpg)
Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti - Polis
Polis sudah mengenal pasti suspek yang melakukan serangan di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah sehingga mencederakan dua wanita.
![Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444376494_Kidnapped.jpg)
Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya.