Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Bandar Sibu 26 Mac lepas adalah disebabkan oleh wabak rabies, menjadikannya kes pertama dilaporkan tahun ini di Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia juga menjadikan jumlah kes rabies kepada 23 sejak penyakit itu diisytiharkan sebagai wabak di negeri ini sejak 31 Julai 2017.
Kali terakhir kes wabak ini dilaporkan adalah pada 8 November tahun lepas.
Menurutnya, mangsa terbaharu ini digigit anjing liar pada 8 Mac lepas di bahagian muka, mulut serta kelopak mata dan luka gigitan itu tidak dicuci dengan aliran air yang bersih dan sabun sejurus selepas kejadian.
"Beliau kemudiannya telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada hari yang sama, mendapat suntikan vaksin antitetanus, suntikan rabies Immunoglobulin (RIG) dan dua dos suntikan vaksin antirabies semasa dirawat di Hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Kanak-kanak diserang anjing liar meninggal dunia
Mangsa telah didiscaj dari hospital itu dalam keadaan sihat pada 13 Mac dan diberikan lagi dos ketiga vaksin antirabies tiga hari kemudian.
Noor Hisham berkata, mangsa telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Komuniti di Bandar Sibu kerana demam pada 24 Mac dan seterusnya ke Hospital Sibu keesokan harinya kerana sakit tekak dan sukar untuk menelan air serta berhalusinasi.
"Beliau telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Keadaannya bertambah teruk dan telah disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Punca kematian adalah 'rabies encephalitis'," katanya.
Sampel daripada kanak-kanak ini telah diambil pada 26 Mac dan disahkan positif rabies oleh Makmal Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tiga hari kemudian, sementara anjing liar yang menggigitnya juga dilaporkan telah mati pada 10 Mac tanpa sempat diambil sampelnya.
Berikutan kes terbaharu ini, beliau menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti rabies yang termasuk langkah segera jika digigit anjing, pemberian suntikan antirabies dan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri dan haiwan peliharaan.
"KKM dan JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Sarawak akan mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dilaksanakan secara menyeluruh," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
![Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585538842_TBNOORHISHAMCOVID.jpg)
Menurut Dr Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kes rabies kepada 23 sejak penyakit itu diisytiharkan sebagai wabak di negeri ini sejak 31 Julai 2017. - Gambar BERNAMA
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585538842_TBNOORHISHAMCOVID.jpg)
Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak
Kementerian Kesihatan sahkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Bandar Sibu 26 Mac lepas disebabkan oleh wabak rabies.