Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 bulan menjadi mangsa dera ketika ditinggalkan sementara di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sini, sejak lebih seminggu lepas.
Video mengenai kanak-kanak malang itu turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas, dan dikongsi oleh pengguna di Facebook, sejak tengah hari Rabu.
Kesal dengan tindakan pengasuh berusia awal 20-an itu, anggota keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 8.30 malam Khamis.
Datuk mangsa, Ruslee Bidi, 55, berkata beliau hanya mengetahui mengenai berita itu petang Rabu, selepas menonton video berkenaan daripada seorang kenalannya.
"Tergamak mereka perlakukan begitu? Lagipun cucu saya ini anak yatim (bapa mangsa meninggal dunia kira-kira enam bulan lepas akibat masalah jantung).
"Sekarang, kami sekeluarga menyerahkan perkara ini kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut kerana laporan telah dibuat dan kami tidak mahu perkara sama terjadi kepada orang lain," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kubang Parit pada Khamis.
Dalam video berdurasi 43 saat itu, kanak-kanak malang itu ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh terbabit kerana tidak henti-henti menangis.
Pada masa sama, pengasuh tersebut bersama-sama seorang pengasuh lain turut menutup muka kanak-kanak itu dengan sehelai tuala supaya dia berhenti menangis, sambil memicit-micit bahagian muka mangsa termasuk hidung.
Difahamkan, selepas insiden itu, kanak-kanak berkenaan demam dan dibawa ke hospital, sebaik sahaja laporan polis dibuat.
Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada pihak hospital, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal akibat insiden itu.
Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali memberitahu beliau tidak menyangka pengasuh terbabit sanggup berbuat demikian terhadap anaknya, memandangkan dua kakak kepada kanak-kanak itu yang kini berusia enam dan sembilan tahun, pernah dihantar ke pusat asuhan tersebut, sebelum ini.
Wanita berusia 40 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu di sebuah butik, berkata selepas kejadian, pengasuh berkenaan menghubunginya untuk meminta maaf tetapi tidak menyatakan sebab dia melakukan perbuatan tersebut.
"Bapa mertua ada bertemu dengan pemilik taska tersebut selepas laporan polis dibuat, dan pemilik taska meminta supaya menarik balik laporan itu, tapi kami enggan kerana mahu memberi pengajaran kepada pengasuh terbabit.
"Saya juga dimaklumkan, video tersebut dirakam oleh seorang lagi pengasuh yang telah berhenti kerja sebaik sahaja rakaman video itu tersebar kerana tidak tahan walaupun baru 10 hari bekerja di situ," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bernama
Thu Oct 22 2015
Dalam video berdurasi 43 saat itu, kanak-kanak malang itu ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh terbabit kerana tidak henti-henti menangis. - Gambar hiasan
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu