Kanak-kanak lapan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah apartmen di Bandar Mahkota Cheras, di sini, 12.40 tengah hari, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Damon Yen Zhi dikatakan terjatuh selepas menghadiri kelas tuisyen di tingkat tiga apartmen berkenaan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas bumbung bangunan oleh orang awam.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.42 tengah hari.

Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.