Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini semalam.
Dalam insiden kira-kira pukul 11 malam itu, Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil dan menguruskan ibunya seorang Orang Kelainan Upaya untuk naik ke rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata sebelum kejadian, mangsa bersama ayah serta ibunya baru pulang dari makan malam di kawasan berhampiran.
"Mangsa didukung oleh ayahnya untuk di bawa naik ke rumah kerana beliau sedang tidur manakala ibunya yang menggunakan kerusi roda menunggu di bawah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata selepas menghantar dan mengunci rumah, ayah mangsa turun semula ke bawah untuk mengambil ibunya yang lumpuh sebelum dimaklumkan jiran yang menemui mangsa di kawasan bawah perumahan terbabit.
Ayah mangsa terus membawa anaknya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian, katanya.
Katanya hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman kerana terjatuh dari tempat tinggi.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bernama
Thu Oct 02 2014

Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil ibunya. -Gambar fail

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Kanak-kanak enam tahun maut jatuh dari tingkat 13 di Putrajaya
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini semalam.

Kereta terbelah dua langgar tiang elektrik, tiga sahabat maut
Tiga remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang tiang lampu di Putrajaya pagi ini.